Monday 4 May 2015

Pelan Tindakan Kecemasan Gempa Bumi



Soalan
Bincangkan dan huraikan Pasukan Tindakan Kecemasan, dengan mengambil contoh kejadian yang berlaku gempa bumi di Nepal baru baru ini?

Bencana alam, seperti gempa bumi akan meragut nyawa dan harta benda, kejadian yang berlaku baru baru ini di Nepal telah menelan banyak nyawa dan harta benda. Kemusnahan yang berlaku di Nepal amatlah menyedihkan dan mengharukan. Oleh yang demikian seharusnya kita mengambil pengajaran dengan menyediakan “ payung sebelum hujan”. Pelan tindakan kecemasan dan  pasukan tindakan kecemasan ( ERP ) seharusnya perlu di tubuhkan disetiap bangunan kerajaan dan juga swasta untuk mengelak sebarang kemusnahan samada nyawa dan harta benda.
Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tak berbunyi, malang tidak berbau.Tamsilnya, gempa bumi yang melanda Nepal telah menggemparkan seluruh dunia.  Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya.
Di Malaysia, kejadian gempa bumi amatlah jarang sekali berlaku, ini kerana malaysia terletak jahu daripada lingkaran kawasan gunung berapi. Namun demikian, tidak mustahil akan berlaku tempias kesan secara tidak langsung daripada kejadian gempa bumi, seperti tsunami dan gegeran sekala kecil daripada kawasan yang terlibat.



Mengikut keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKKP 514 (1994), menyatakan semua aktiviti pekerjaan termasuklah sektor perkhidmatan awam dan badan berkanun seperti universiti adalah tertakluk dibawah AKKP 514 kecuali aktiviti pekerjaan di atas kapal dan perkhidmatan angkatan tentera. Kegagalan organisasi atau majikan untuk mematuhi peruntukan AKKP 514 boleh didakwa secara langsung dan dikenakan tindakan undang-undang.
Oleh yang demikian, setiap bangunan kerajaan dan swasta perlunya ada satu standard prosedur kecemasan bencana alam untuk melindungi pekerja dan juga harta benda. Penubuhan pasukan tindakan kecemasan (ERP) di bangunan bangunan kerajaan dan swasta dapat mengurangkan mudarat nyawa dan harta benda kesan daripada bencana alam. Selain daripada ERP diperingkat bangunan tersebut, peranan kerajaan untuk membentuk jawatankuasa kecemasan yang spesifik untuk suatu bencena alam amatlah diperlukan.
Di Malaysia, terdapat Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara , Jabatan Perdana Menteri. Kesiapsiagaan dalam menguruskan bencana alam khususnya gempa bumi oleh kerajaan dititik beratkan. Beberapa agensi tindak balas akan memainkan peranan dalam operasi mencari dan menyelamat serta bantuan perubatan kecemasan seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) JBPM , PDRM , ATM jabatan Perubatan Kecemasan  dan JPAM. Semua agensi akan memainkan peranan masing masing seperti yang terkandung dalam Peraturan tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara ( MKN ).
Peristiwa hitam yang melanda Nepal yang telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda, pada pandangan saya kurangnya strategi pengendalian kecemasan oleh negera tersebut. Jika kita melihat daripada sistem perancangan bangunan mereka, kelihatan struktur bangunan yang amat rapuh, yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa yang sangat tinggi. Dengan adanya teknologi moden pada masa kini, gegaran daripda gempa bumi dapat dikurangkan mudaratnya kepada rakyat jika berlaku bencana alam melalui kawalan makenikal dan pengurusan yang sistemetik daripada kerajaan.  Agensi seperti JKR, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) mengambil peranan memastikan garis panduan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan mengambil kira risiko risiko yang akan dihadapi di suatu tempat.
Sistem amaran awal, melalui saluran media sebagai komunikasi dengan penduduk merupakan pekara penting dalam pengendalian bencana alam. Agensi Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran Media memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini. Dengan adanya Amaran Awal daripada kerajaan mengenai suatu bencana yang akan menimpa/ melanda suatu tempat, maka penduduk dapat bersiap siaga dalam menghadapi segala bencana alam.
 
Pelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan (ERP) adalah pelan tindakan yang digunakan oleh organisasi semasa kecemasan. Pasukan yang bertindak mengikut ERP dikenali sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan. Pasukan ini ditubuhkan di dalam sesebuah organisasi dan adalah bertujuan untuk menggerakkan, menjalankan dan menyelia kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana seperti gempa bumi,kebakaran, letupan, tumpahan kimia, runtuhan dan lain-lain lagi. Pelan ini penting untuk memastikan sebarang situasi kecemasan dikendalikan sebaik mungkin dengan lebih teratur. Ini dapat mengurangkan kesan mudarat akibat daripada bencana seperti kecederaan, penyakit, kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan pencemaran. 



Berikut adalah carta alir pengurusan gempa bumi yang dikelurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pengunsian bangunan
Pengunsian bangunan perlu dilakukan secara teratur dan cekap jika berlaku kecemasan atau bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami. Berikut adalah contoh yang terdapat di bangunan FSMP yang dilekatkan disetiap penjuru atau laluan penghuni bangunan agar mudah dilihat dan jelas.

No comments:

Post a Comment