Thursday, 5 July 2012

Isu Jambatan Kg Brunei Terbengkalai




Kg Brunei Membakut- isu jambatan terbengkalai yang kini mengambil masa 4 tahun dalam proses pembikinan masih tidak selesai. Penduduk kampung setempat dan juga pengguna yang mengunakan jalan tersebut masih tertanya-tanya "bila akan siap sepenuhnya???.." berdasarkan maklumat awam projek jambatan Kg Brunei  tersebut telah menelan RM 1 juta untuk pembikinan, namun ianya masih terbengkalai seperti nisan yang tak bertuan. Pegawai Perhubungan Parlimen (P176) En Jaafar Ag Ahamd mengatakan bahawa peruntukan tambahan telah diluluskan oleh JKR bahagian Beaufort sebanyak RM 3 juta lagi untuk membina jalan raya ke jambatan tersebut. Berdasarkan pernyataan daripada pengerusi JKK kg Brunei, isu pemilik tanah dan rumah yang terlibat untuk dikorbankan tidak menjadi masalah, mereka akur akan pembangunan yang dibawa. Namun menjadi persoalannya, mengapa hingga kini masih tidak dapat diteruskan  projek pembinaan jambatan tersebut.
         Mengikut pendapat saya, tiada perancangan yang rapi untuk melaksanakan projek tersebut. kesulitan berlaku apabila terpaksa banyak mengorbankan beberapa rumah yang berdekatan dan juga tanah milik orang kampung. Kos projek meningkat untuk membayar pampasan dan juga terpaksa membuat beberapa lencongan jalan serta penembokan tanah. Jika Pemaju  berupaya memikirkan implikasi daripada plan projek asal maka  kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Pihak JKR juga hendaklah memantau dari segi teknikal  dan keupayaan projek dapat dilaksanakan. Sebaiknya pembinaan jambatan tersebut dibina 100 meter sebelum jambatan asal kerana kawasan yang strategik dan tidak ada rumah penduduk kampung yang perlu dikorban dan ini dapat menjimatkan kos pembinaan. Mengikut perkiraan saya, kos tambahan sebanyak RM 3 juta untuk membuat lencongan jalanraya kepada jambatan tersebut adalah lebih baik jika tapak  jambatan tersebut dipindahkan seperti yang saya cadangkan mungkin ianya melibatkan kos RM1 juta sahaja. Ini dapat menjimatkatkan kos sebanyak RM  2 juta lagi untuk kepentingan lain dalam pembangunan Negeri Sabah .Saya sebagai penduduk Kg Brunei saya amat kecewa dengan projek jambatan yang kini terbengkalai seperti batang buruk yang hanyut dan terdampar dari hulu sungai.

No comments:

Post a Comment