Penubuhan Persatuan Anak
Membakut Di Rantauan adalah untuk mewujudkan satu organisasi bagi mengumpul
warga Membakut yang berada di luar Daerah Membakut samada yang bekerja,
berniaga atau yang sedang menuntut.
Pertubuhan ini pada asalnya merupakan cetusan pemikiran
rakan-rakan warga membakut yang berada di rantauan dalam laman social facebook
dan pada masa yang sama juga merupakan hasrat En. Mohd Ghazali Mohd
Nadzir selaku orang yang bertanggungjawab membawa impian mewujudkan pertubuhan
ini menjadi satu kenyataan. Di samping itu YB Datuk Haji Mohd. Ariffin Haji
Arif yang merupakan Pemimpin Rakyat N24 kawasan Membakut yang juga
merupakan orang kuat bagi merealisasikan hasrat penubuhan persatuan ini.
Satu Majlis sambutan Hari Raya pada tahun 2011 telah dibuat di Dewan Saadah Muis bagi menyambut warga Membakut yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Haji Arif dan seramai kira-kira 200 orang hadir pada majlis itu
Usaha berterusan telah dibuat dan satu Jawatankuasa PROTEM telah dibentuk pada 7hb Februari 2012 bagi tujuan pendaftaran pertubuhan. Pada mulanya nama pertubuhan yang dicadang adalah Persatuan Anak Perantau Membakut (PAPM) ditukar kepada Persatuan Anak Membakut Di Rantauan (PAMER) yang dicadang oleh En.Kamarudin Hamid melalui laman Facebook seorang pensyarah kanan bertugas di Universiti Teknologi Malaysia Skudai dan disebabkan oleh masalah teknikal dan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan nama pertubuhan ditukar lagi kepada Persatuan Anak Asal Membakut Di Rantauan Zon Pantai Barat Sabah dan singkatan (PAMER) masih lagi digunakan.
Pada 29hb Mac 2012 Pertubuhan ini telah di daftarkan menjadi satu pertubuhan yang sah di Malaysia dengan nama Persatuan Anak Asal Membakut di Rantauan Zon Pantai Barat Sabah atau dengan nama singkatan PAMER

Visi
Menjadi sebuah organisasi yang berjaya dalam memantapkan pembangunan ekonomi, mengeratkan perpaduan, meningkatkan tahap pendidikan, mengukuhkan jati diri dan mengamalkan akhlak mulia di kalangan ahli seterusnya menyumbang kepada transformasi negara kearah menuju ke sebuah negara maju menjelang 2020 dan mendukung Gegasan 1 Malaysia.
Misi
Pada 29hb June 2012 pertemuan dengan anak-anak Membakut telah diadakan di Hotel Meridien Kota Kinabalu yang dikunjungi oleh Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman selaku ahli perlimen P176 Kimanis dan juga Adun Membakut YB Datuk Hj Ariffin Hj Arif. Acara diadakan dengan meriah diselang seli dengan acara kebudayaan dan juga cabutan bertuah kepada ahli-ahli PAMER. Sayang sekali, saya tidak bertuah pada masa itu untuk mendapatkan alat eletronik I-PAD, saya berharap pertubuhan ini dapat meningkatkan dan memajukan Membakut serta mempromosikan Membakut dimata ramai.
No comments:
Post a Comment