emmm..baru-baru nie ada satu perjumpaan di karamuncing lah kunun.. dengar khabar ramai yang pigi, termasuk biniku yang comel tu datang nak dengar ceramah dan taklimat pasal satu perniagaan MLM yang cukup memberangsangkan, fooOhh yooO..duit masyukkK...apa yang menariknya lagi, ada lah pulak kalangan yang dah berjaya duit masyuk tue its my causin..cukup indahnya lagi kena tulung ambik borang loan, bukan mahu mengata atau memperrrrkecilkan sistem MLM nie. tapi bila dipikir-pikirkan balik.. sebenarnya MLM nie boleh dikatakan menjerut leher kawan dan keluarga yang masuk dalam kepompong perniagaan cepat kaya.
Ingat
balik fakta-fakta asas sesuatu MLM atau skim piramid:
1.
Adanya sistem perniagaan yang melibatkan TAJAAN DOWNLINE dan duplikasi syarat ini
jatuh kepada setiap ahli yang menyertai sesuatu MLM atau skim piramid.
2.
Adanya perpindahan duit daripada downline ke upline, sama ada satu level ke
atas atau berbilang level ke atas, dan sama ada duit sahaja (iaitu, skim
piramid) atau pun keuntungan/komisen/bonus daripada downline daripada wang
pendaftaran atau jualan produk (iaitu, MULTILEVEL MARKETING/AFFILIATE
MARKETING/NETWORK MARKETING... dan lain-lain yang sewaktu denganya..).
3.
Setiap ahli perlu menaja downline 2 atau lebih, dan ini akan menyebabkan
berlakunya peningkatan jumlah ahli MLM/SP secara SIRI GEOMETRIK, di mana jumlah
ahli akan meningkat secara eksponensial. Perkataan INFINITI selalu disebut...
infiniti kepala otaknya, apabila sampai satu tahap dimana "kesukaran dalam mencari keahlian baru" Sistem ini akan mula diambang keruntuhan.. Syarikat atau CEO yang mengujudkan sistem ini akan mula STOP dan menghentikan OPERASInya (udah untung...larilah) dan akan buka lagi Sistem MLM yang sama dengan nama yang berbeza. Apa
yang ramai manusia yang masih pakai cawat daun kayu tak sedar tentang faktor
DUPLIKASI dalam MLM/SP adalah - ianya akan meletakkan majoriti ahli yang
menyertai mana-mana MLM/SP berada di dasar piramid - dan di dasar piramid inilah
punca keuntungan akan diperolehi oleh segelintir ahli terdahulu atau teratas di
dalam hieraki apa-apa MLM atau skim piramid tersebut. Very simple, Kalau kita ambil satu MLM yang syaratnya hanya perlu mencari 2 downline bagi setiap seorang ahli (sistem binari atau sistem 2-kaki, yang
jadi amalan MIRZA,PQ yang cilaka tu dan lain-lain MLM ) - korang semua akan lihat dan fahami bahawa inilah muslihat
matematik yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk mengaut
keuntungan mengalahkan anak yahudi macam Bernie Madoff. Shit! Usahkan Bernie
Madoff... dajjal pun tabik spring.
ko tengok carta kat kiri ni. Katakan setiap ahli
yang join sesuatu MLM/SP perlu cari 2 downline sahaja untuk setiap seorang (itu
belum 3, 4, 10, 50 lagik tu) - dan katakan setiap hari setiap ahli yang
berdaftar untuk join MLM tu semua berjaya dapat sorang 2 downline - maka jumlah
ahli akan DOUBLE/GANDA DUA bagi setiap hari yang berlalu. Dan korang tak payah
susah-susah fikir nombor besar-besar - katakanlah upline level 1 akan dapat SATU
SEN komisen daripada setiap ahli di level bawah, pada hari ke 25, Awang Kulup yang kat level 1 akan menerima komisen sebanyak RM167,771.16... just one
cent! Tapi korang tengok apa yang akan berlaku 5 hari kemudian - siawang mulut manis parasite
teratas akan menerima RM5.3 juta ringgit! Itu keuntungan daripada 1 sen komisen
Tak
payah kecoh jual barang, head-hunting dalam perniagaan MLM/SP tu aja dah boleh
menjana keuntungan banyak gilababi - dan dalam apa-apa sistem bisnizs yang ada
pencarian downline, pada peringkat awal, perkembangan eksponensial tersebut
akan berlaku dengan perlahan, tetapi apabila ianya sampai ke peringkat hujung
sekali, jumlah tersebut akan meningkat secara mendadak, dan bila mana level
akhir mencapai nombor yang terlalu besar --> 3 perkara berlaku:
1. Kadar keuntungan mastermind berlipat-ganda macam barua.
2. Kadar kerugian ahli sangat la tinggi gilbabi.
3. Skim piramid MLM akan crash tergolek tejurangkang.
1. Kadar keuntungan mastermind berlipat-ganda macam barua.
2. Kadar kerugian ahli sangat la tinggi gilbabi.
3. Skim piramid MLM akan crash tergolek tejurangkang.
- isunya adalah tentang kadar kerugian
masyarakat sejagat yang akan berlaku dalam perniagaan MLM dan skim piramid.
Jangan la mudah terpengaruh dan , dan sengaja tak nak faham pasal
isu ini...
Untuk setiap ahli yang berdaftar dengan apa-apa
entiti MLM atau skim piramid - sang CEO akan dapat keuntungan daripada setiap
ahli yang join (tak kisah level mana sekali pun), dan juga daripada setiap
produk yang dijual oleh setiap ahli.. Sepanjang sejarah manusia sejak
azali lagik kekayaan harta dan wang-ringgit akan menjadikan
manusia itu tamak dan lupa tentang realiti sebenar - dan tak kisah siapa -
mereka akan cari jalan untuk kasi operasi sebegini berjalan lancar, siap dengan
kaedah "self-righteousness", "self-assurance",
"selective neglect" dan kelentongan keagamaan dan penipuan ekonomi
terhadap mangsa-mangsa yanng kurang mempunyai pemahaman dan penyelidikan terhadap bisnisz yang diikuti tapi
perasan nak jadi millionaire yang ada sekarang berkeliaran di kalangan masyarakat kita.
Itulah
dia keajaiban DUPLIKASI dalam MLM dan skim piramid. Cuma yang
menyedihkan, CEO/mastermind tu akan dapat untung gila-gila, tapi kepada ahli
yang join terkemudian, yang berada "at the end of the chain", oleh
kerana jumlah mereka sentiasa GANDA-DUA daripada level sebelumnya ( itu ganda dua.. kalau ganda 5.. naaa BISAA), mereka akan
mendapati bahawa masing-masing susah gila mahu cari downline - sebab ahli-ahli
tersebut berlumba-lumba di antara sesama mereka yang telah terlalu ramai untuk
cari downline - dan bila berlaku keadaan di mana terlalu ramai ahli-ahli
tersebut kecundang dalam "ops cari downline" (atau dihalau atau
dimaki-hamun oleh prospek-prospek yang dah menyampah sungguh melihat muka monkey
MLM tak sudah-sudah mengajak buat entahkapaluiannya MLM atau SP) - maka KETEPUAN
akan berlaku. Yang berada di dasar piramid akan kerugian, dan jumlah yang rugi
adalah 99.9% or more - picaya ka inda.. terpulang lahh...
MLM itu adalah MATEMATIK -. Dan matematik itu diperlukan dalam hal-hal mengira duit keuntungan MLM ni, serta hal-hal tentang jumlah ahli (dan bila ketepuan jumlah
ahli akan terjadi), dan matematik jugalah perkara yang akan menjatuhkan HUKUM
bahawa MLM itu adalah HARAM dari sisi Islam. Tak payah nak tunggu nas-nas dan
dalil-dalil dalam Al-Quran dan Al-Hadith untuk mengatakan ianya HARAM - tak kan
jumpa punya. Tapi ilmu matematik itu mengatakan bahawa sistem MLM akan
menyebabkan kerugian kepada 99.9% ahli, dan kerugian ahli tersebut adalah punca
kekayaan beberapa orang upline teratas dan mastermind skim tersebut. Dalam
menjadikan 100 orang kaya-raya, akan ada lebih sejuta orang tak dapat
keuntungan (selepas ditolak perbelanjaan masing-masing dalam kerjaya MLM
mereka). Itu dah jadi HARAM - ada penganiayaan dalam perniagaan tu - sistem MLM
itu menjanjikan kerugian yang "MATHEMATICALLY PRE-DETERMINED" dari
mula, sebelum ianya dilancarkan lagik. Yang hairannya.. apa-hal ramai masyarakat terlalu palui dan tak pernah tahu isu ekonomi sebegini?
Jumlah kerugian itu adalah sangat besar untuk
level yang penghujung, sebab akan berlaku peningkatan jumlah manusia daripada
satu level ke satu level, yang akan jadi FEEDER kepada kekayaan hieraki
teratas, dan yang kaya hanyalah beberapa manusia licik sahaja, dan yang
lain-lain hanyalah manusia yang senang dikelentong, dan ada angan-angan nak
"emulate" mereka yang berjaya - but it'll never happen to most of of
them. Jadi, ini adalah penipuan ekonomi dan janji palsu CEO MLM dan upline
teratas/yang paling cekap mengayat. Ini adalah perniagaan kategori PALUI. Apa
yang susahnya sangat nak jatuh hukum? Ilmu matematik itu adalah ilmu Allah
jugak.
Jadi, MUSLIHAT syarikat MLM itu ("trick of
the trade") dalam menjayakan sistem perniagaan sebegini adalah dengan
mengabui realiti ini dan mencanang dan menghasut setiap prospek bahawa mereka
yang rajin dan cekap berusaha akan berjaya dalam bisniz MLM. Para rekrut akan
diberitahu bahawa MLM itu adalah tiket untuk jadi millionaire dan setiap orang
mempunyai peluang untuk meraih keuntungan yang besar kalau murah rezeki Allah
bagi - jangan lupa banyak-banyak berdoa lepas sembahyang dan jangan lupa baik
hati sedekah kat rumah anak yatim dan pada orang fakir-miskin, semuanya itu trick jer..mulut manis,lidah bergulung,
Cara bagaimana muslihat matematik berlaku dalam
menjayakan apa-apa jenis MLM adalah dengan adanya kitaran ahli-ahli yang
kecundang dari masa ke semasa - dan perkara ini bukannya senang dinilai dan
dilihat dengan mata kasar - melainkan satu KAJIAN STATISTIK dilakukan ke atas
jumlah ahli yang masuk-keluar di dalam sesuatu biznis MLM. Boleh dapatkan data
ini tak? Sure... CEO dan akauntan syarikat MLM ada data ni. Sure, kalau
kerajaan Malaysia kesahkan pasal isu ini dan pigi serbu dan sita komputer
mana-mana syarikat MLM tu..
Apabila sesebuah perniagaan MLM itu mencapai
peringkat matang, di mana akan terdapat jumlah ahli yang telah mencecah
ribu-ribu atau lebih daripada itu - dan dengan adanya faktor "MATHEMATICAL
IMPOSSIBILITY" dalam perkembangan keahlian tersebut - ahli yang join terkemudian
akan menghadapi kesukaran untuk menaja ahli baru (so, they quit), atau ahli
yang mereka taja yang menghadapi kesukaran yang sama (so, these people quit).
Proses "quit and replace" ini akan berlaku dan dasar piramid MLM/SP
sebegini akan terus-menerus mengalami ketepuan dan diganti oleh ahli baru yang
baru keluar hutan yang tak pernah tahu-menahu tentang permainan ekonomi
sebegini
Dengan
kaedah ini, mana-mana MLM yang besar (seperti Amway, MonaVie, USANA, ) tidak akan mengalami ketepuan yang mendadak kerana kebanyakan ahli yang
join akan cuba pada awalnya untuk buat bzns dan cari downline masing-masing,
dan masing-masing secara persendirian tidak akan sedar bahawa ketepuan pasaran
telah berlaku disekeliling mereka (yang tahu, CEO MLM tu). Daripada kajian
statistik yang dilakukan di Amerika dan Eropah, semua MLM mengalami kadar
"dropout" keahlian di antara 50% - 90% untuk satu tahun, setiap tahun
sesuatu entiti MLM itu bergerak. Itu sebab ramai yang berkata bahawa ketepuan pasaran itu tak logik dan
tidak berlaku, sebab dia orang tak nampak ianya berlaku depan mata. Benda yang tak nampak, tak bermakna ianya tak berlaku - itu gunanya
research kan? Itu gunanya kajian statistik? Itu gunanya akal.
Untuk setiap jualan produk
atau penajaan downline bagi setiap ahli yang join, mana-mana MLM akan
menetapkan syarat-syarat spesifik ke atas setiap ahli, di mana akibat akhirnya,
sejumlah besar komisen/bonus akan pasti pergi ke peringkat atas hieraki piramid
MLM tersebut. Mesti korang selalu dengar alasan bahawa syarikat "so and
so" tidak mengamalkan skim piramid, sebab sapa yang berusaha lebih dia
yang akan untung lebih. Dalam kajian statistik mana-mana sistem MLM, dengan
adanya kaedah tajaan dan sedikit komisen daripada jualan downline berbilang
tingkat naik ke atas - dan bila mana sesuatu perniagaan MLM itu telah matang
dan hampir tepu - disebabkan jumlah ahli yang sangat
besar wujud, akan berlaku perpindahan dana yang besar daripada beribu downline
kepada beberapa ekor manusia palui parasite di atas piramid.
Apa yang kita akan jumpa
dalam research yang dilakukan di Amerika, contohnya: Dalam sesuatu perniagaan
MLM, bila mana ada lebih-kurang 100 orang yang paling aktif dan paling banyak
downline yang buat sales, yang 100 orang itu akan menerima lebih daripada 75%
jumlah semua komisen dan bonus daripada semua pendapatan pada bulan-bulan
tertentu dalam sesuatu kitaran MLM. Fakta tentang jumlah 100 orang yang dapat
durian runtuh tu kiranya ada problem tak dalam muammalat Islam? Usahkan dalam
Islam, dalam agama-agama lain - ada problem ka gingz? Sure ada problem, kalau
jumlah sales/tajaan melibatkan RM27 juta ringgit dan ahli yang aktif (downline
tu semua) itu berjumlah lebih daripada 100,000 orang, dan 100,000 orang ni
struggle untuk dapat untung setiap sorang daripada mereka. 100,000 orang tu
jadi kulibatak kepada 100 orang, dan 100 orang mengikik ketawa goyang kaki kira
duit laknat setiap bulan. 100 orang itu adalah 0.01% daripada ahli --> tapi
mereka mengaut 75% daripada dana keuntungan yang ada.
No comments:
Post a Comment