Pengenalan
Kajian mengenai Sistem Respirasi, Perkumuhan, Pembiakan dan Pencernaan
mamalia memerlukan ujikaji terhadap sampel hidup dalam penelitian organ-organ
yang berkaitan. Amali Fisiologi yang telah dilaksanakan di Makmal Patologi SST,
UMS telah memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar yang
mengikuti kursus Bridging Program ini. Amali ini memilih sampel tikus dan ikan untuk mengetahui fungsi organ dan kajian
anatomi terhadap haiwan tersebut.
Pemilihan prosedur yang betul dan kelengkapan alat radas hendaklah
dititikberatkan dalam proses ujikaji terhadap haiwan. Kod Etika dalam proses kajian mengenai haiwan hidup
untuk dijadikan kajian dan eksprimen hendaklah diamalkan oleh semua pelajar
yang terlibat. Ini kerana setiap haiwan yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup
diatas muka bumi ini, oleh itu proses pembunuhan/mematikan organisme hidup
seperti tikus hendaklah dilakukan sercara beretika.
PROSEDUR
No
|
Prosedur
kerja
|
Catatan/gambar
|
1
|
Cara
mematikan tikus
1.
Tetapkan niat dan tujuan yang murni
2.
Sediakan alat/bekas yang tertutup
3.
Masukan kapas yang telah dicampur dengan chloroform kedalam
bekas kedap udara
4.
Masukan tikus kedalam bekas dan tutup rapat dengan cara memegang
ekor.
5.
Tunggu 10-15 minit sehingga tikus itu telah betul-betul tidak
bernyawa.
|
Pastikan
dibuat dalam kebuk wasap untuk mengelakan chloroform tidak tersebar di
persekitaran kerja
|
2
|
Tempat
Pembedahan/meja/alat radas
1.
Pastikan alat pembedahan mencukupi
2.
Meja dilapis dengan plastik atau kertas terpakai.
3.
Gunakan lapisan getah(papan pembedahan) untuk proses pembedahan
4.
Sediakan pin atau jarum peniti untuk mempin tikus dipapan
tersebut
|
|
3
|
Pembahagian
tugas-tugas dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan. Memerlukan beberapa
pencatat data, ambil gambar, melakukan pembedahan, dan beberapa pembantu
untuk melakukan pembedahan.
|
|
3
|
Letakan
tikus dan pinkan kaki dan tangan
secara terlentang dan pinkan juga ekor tikus
|
|
4
|
Dengan memegang
kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara.
|
|
5
|
Tarik
kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.
|
|
6
|
Membuat
penelitian kesemua organ-organ yang terlibat untuk tujuan amali ini
|
|
7
|
Gunakan
kamera atau lukiskan setiap organ yang terlibat dan lebalkan organ-organ
tersebut
|
|
8
|
Setelah
selesai membuat ekspriment pastikan sampel atau haiwan ini dilupuskan secara
sempurna
|
Dibuang
dalam plastic yang dikhaskan dan sampel yang tidak digunakan hendaklah di
bakar.
|
RADAS DAN BAHAN
Makmal Patologi di SST yang digunakan untuk amali Fisiologi
bridging Program masih lagi kekurangan dari segi kemudahan dan peralatan dalam
melakukan amali untuk pengajaran. Kelengkapan alat dalam proses amali yang
melibatkan pembedahan seperti tikus dan mamalia yang lain seperti papan
pembedahan yang dikhaskan yang diperbuat
daripada getah tidak dapat disediakan. Berikut adalah alat atau radas yang
digunakan ketika amali tersebut
Radas dan Bahan
Bahan
- Tikus
- Ikan
- Chloroform
- kapas
Alat radas
- Pisau set pembedahan
- Polystreen
- Bekas kedap udara
- Jarum peniti
- Kebuk wasap
- Tray
Penambahbaikan.
Terdapat beberapa alat yang diperlukan untuk membuat ujikaji
tidak dapat disediakan. Namun dengan alternative lain ujikaji dapat
dilaksanakan dengan menukarkan papan
pembedahan dengan polystreen. Sebaiknya papan pembedahan hendaklah diperbuat
daripada lapisan getah agar sampel tidak mudah tercabut ketika di pinkan
Selain itu Jarum peniti yang digunakan yang tiada mempunyai
hujung kepala mungkin boleh ditukar kepada jarum peniti yang mempunyai kepala
agar sampel tidak mudah tercabut. Ianya juga dapat mengelakkan daripada risiko
bahaya tercucuk pada tangan.
Seharusnya makmal menyediakan sabun pencuci tangan seperti
detol, soap medical ataupun sabun yang boleh mengelakkan daripada pencegahan
bacteria dan kuman. Namun hakikatnya daripada penelitian saya ketika menjalankan
amali , tiada kemudahan tersebut didalam makmal, Cuma yang ada sabun pencuci
piring untuk mencuci alat radas. Pengendalian sampel biological hendaklah
menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Persekitaran dalam makmal untuk melakukan ujikaji juga
seharusnya bersih dan selamat. Malangnya apabila saya melihat makmal Patologi
di SST terdapat siling yang bocor dan runtuh tidak dibersihkan. Ini menjadi
persoalan adakah keselamatan untuk melakukan ujikaji dimakmal itu terjamin.
Paling mengecewakan sumber air pada pili paip dalam makmal untuk kesemua meja
hadapan dan tempat pembedahan tersebut tiada air.
ETIKA
Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip
akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan
Apabila suatu
kajian sains yang melibatkan suatu ujikaji membabitkan pengambilan nyawa terhadap haiwan akan menimbulkan persoalan , apakah kebaikan
dan keburukan? Dan apakah criteria mengukur baik dan buruk serta persoalan
motif dan niat disebalik tingkah laku manusia.
Dalam amali
ini, kami telah mengunakan bahan sampel ikan dan tikus, untuk mengendalikan
ikan sebagai ujikaji didalam makmal tidak banyak menimbulkan persoalan etika
kerana ikan yang dibekalkan tidak bernyawa (mati). Telah menjadi kebiasaan
masyarakat bukan vegetarian
mengendalikan ikan dirumah sebagai hidangan harian sebagai sumber protein.
Apabila
berhadapan dengan sampel bahan ujikaji yang bernyawa seperti tikus, seseorang
pengkaji atau penyelidik hendaklah beretika dalam melaksanakan ujikaji
tersebut. Kumpulan kami telah mengunakan chloroform untuk mematikan tikus
didalam bekas kedap udara. Cara terbaik adalah dengan mematikan tikus tersebut
secepat mungkin dengan mengurangkan kesakitan dan kecederaan yang teruk
terhadap fizikal tikus.
Ujikaji
terhadap tikus atau pun haiwan bukanlah suatu kesombongan manusia terhadap
alam, jika niat dengan tujuan yang murni dan beretika dalam membuat satu kajian
untuk keselarian ilmu mengikut peredaran zaman.
No comments:
Post a Comment