GAMBAR PENGARANG
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1PEJUMAS, julung-julung kali kita mendengar berita PEJUMAS yang saya cuba ingin sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Tuan-tuan dan puan-puan, mungkin ini adalah satu pendekatan baru dalam dunia IT untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan perkembangan Persatuan PEJUMAS lewat hari ini.
Sedar tak sedar rakan seperjuangan saya, begitu banyak pengorbanan, liku-liku dalam memperjuangkan status pembantu makmal IPTA khususnya di UMS ini oleh senior-senior kita pada masa lalu. Perjuangan ini bukannya semudah seperti kita meneguk air madu dalam gelas kaca. Oleh yang demikian saudara-saudari sekalian, saya ingin memberikan sedikit gambaran kronologi dalam menuntut pengiktirafan jawatan pembantu makmal kepada penolong pegawai sains.
MAKMAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
MAKMAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Rakan seperjuangan saya, awal tahun 80an isu ini telah diperjuangkan dikalangan pembantu-pembantu makmal IPTA khususnya UPM,UM,UKM dan berberapa IPTA senior di semananjung. Tugas hakiki Jawatan pembantu makmal di IPTA tidak setara dengan pembantu makmal peringkat sekolah, namun imbuhan dan gaji yang diberikan oleh kerajaan adalah sama. Ekoran daripada isu tersebut, maka isu ini telah diperpanjangkan di Kementerian Pendidikan,Kementerian Pangjian Tinggi, JPA, dan BPSM
Kronologi;-
1. surat dari Setiausaha Sulit,Menteri Pendidikan (1990)
2. Memorandum tukar lantik-Jawatankuasa Bersama (1992)
3. Kertas Kerja dari Jawatankuasa Pembantu Makmal (1994)
4. Surat dari Kementerian Pendidikan ke JPA (1995)
5. Surat dari GAKUM ke Pengerusi Naib Canselor (2000)
6. Surat dari GAKUM ke Pengarah Bah.JPA(2000)
7. Memorandum asal Jawatankuasa Bersama mel.GAKUM
8. Memorandum telah diubah suai-(2000)
9. Surat dan Minit dari JPA mesyuarat (julai 2000)
10. Surat dan Minit Jawatankuasa JKNC Mesyuarat (sep 2000)
11. Keputusan GAKUM ke Pengerusi JKNC (Feb 2001)
12. Jawapan Pengerusi JKNC ke GAKUM (Mac 2001)
13. Minit JKNC (2001)
14. Surat Pengerusi Pendaftar (Ogos 2001
15. Surat GAKUM ke Pengerusi Pendaftar (Ogos 2001)
16. Surat dan kertas Kerja Pendaftar-Pendaftar Universiti bagi pihak JKNC (Mac 2002)
Rakan seperjuangan saya, mungkin saudara-saudari kurang memahami apakah itu GAKUM dan GAJUM. Sebelum saya meneruskan kronologi berikutnya , saya ingin membawa sedikit pemahaman saudara-saudari mengenai beberapa Kesatuan dan Persatuan yang telah ditubuhkan dalam universiti. Harus diingat, Persatuan, Kelab ataupun dengan nama-nama lain yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia merupakan satu kelompok kecil didalam populasi sekerja, manakala Kesatuan merangkumi pelbagai populasi tersebut. GAJUM merupakan Gabungan Persatuan Penolong Pegawai Sains seluruh IPTA. PEJUMAS adalah antara ahli GAJUM. Manakala GAKUM adalah gabungan Kesatuan university/IPTA Malaysia. Melihat susunan hiraki tersebut maka dengan itu terbentuklah satu kesatuan yang amat kuat dan berkesan dalam menengani apa-apa isu sekerja.
Mengikut pandangan saya didalam UMS ini, kurangnya persefahaman dan kesepakatan diantara persatuan dan kesatuan, oleh itu saya berharap agar dimasa-masa akan datang perpaduan dan kemuafakatan dikalangan pekerja UMS dipertingkatkan.
Kronologi yang berikutnya dalam memperjuangkan status pembantu makmal di IPTA sejak tahun 2002 hingga ke tahun 2006, hampir empat tahun tiada perkembangan atau berita yang diperolehi (sumber editor) daripada kementerian dan juga pihak GAJUM mahupun GAKUM. Tanggal 29 Dis 2006 satu mesyuarat telah diadakan di kementerian Pengajian Tinggi mengenai Mesyuarat Pembantu Makmal di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dipengerusikan oleh Dato’Dr Zulkefli bin Hassan Ketua Setiausaha KPT. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah wakil JPA , GAKUM, BPSM dan juga wakil Pengurusan Tertinggi seluruh IPTA dimana UMS telah diwakili oleh En. Hela Ladin (wakil Pendaftar ketika itu).
Saudara-saudari rakan seperjuangan saya, tercetusnya mesyuarat tersebut adalah kerana telah disiarkan satu artikel dalam akbar The Star pada 23 Dis 2006 mengenai keputusan GAKUM untuk memprotes KPT dengan melancarkan kata keramat “work to rule” oleh semua pembantu makmal di IPTA, dalam akbar tersebut menyatakan bahawa semua pembantu makmal hanya akan bertugas mulai pukul 8.00am hingga 5.00pm walaupun makmal terus dibuka sampai ke malam bermula 1 Januari 2007. ketika itu saya tidaklah sekejam kepada UMS, kerana saya tahu ianya akan menjejaskan perjalanan pengajian para siswazah dan kesulitan kepada pensyarah. Namun saya tetap menyokong prinsip perjuangan ahli-ahli GAJUM dan GAKUM.
Berdasarkan minit mesyuarat ketika itu mengenai kertas cadangan GAKUM, mesyuarat telah mengambil maklum mengenai kenaikan taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di universiti dan cadangan pembantu makmal yang lulus peperiksaan khas hendaklah dilantik sebagai Penolong Peg.Sains tanpa tertakluk kekosongan jawatan, dan terdapat lagi cadangan yang saya tidak kemukan disini (sila rujuk orang yang berkenaan). Namun dipihak JPA ketika itu cadangan tersebut diangap tidak releven dilaksanakan kerana ianya akan membawa implikasi struktur organisasi dan mengwujudkan pertindihan fungsi antara pembantu makmal dan PPS. Secara umumnya rayuan dipihak GAJUM tidak dapat dipertimbangkan.
Isu kenaikan pangkat gred C17 ke C22 yang terhad turut diutarakan oleh pihak GAKUM dan penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi, kesemua skim perkhidmatan awam adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Didalam mesyuarat tersebut juga telah dinyatakan oleh pihak GAKUM usaha untuk menaiktaraf kakitangan pambantu makmal dengan melaksanakan program peralihan atau yang dikenali sebagai Bridging program yang sedang giat dilaksanakan di UPM dan UM sahaja. Namun pihak JPA dengan senyum kambingnya menyatakan program tersebut tidak diiktiraf oleh JPA kerana pihak mereka yang bertanggungjawab dalam mengkaji silibus peperiksaan khas untuk kenaikan pangkat ke PPS.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, tiga pekara telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak;-
1. semua IPTA melaksanakan program peralihan mengikut silibus yang telah dipersetujui.
2. IPTA mengkaji semula bebanan tugas dimakmal-makmal dan memohon jawatan yang sesuai dengan bebanan tugas tersebut,terutamanya memperbanyakan jawatan penolong peg.sains
3. Kementerian Pengajian tinggi mengemukakan permohonan ke JPA bagi pengiktirafan program peralihan setara dengan peperiksaan Khas bagi tujuan lantikan secara KPSL ke PPS tidak selewatnya dari 15 Jan 2007
RESOLUSI MESYUARAT PEMBANTU MAKMAL DI IPTA 21 OGOS 2007
1. UM dan UPM yang telah melaksanakan program tersebut akan terus melaksanakanya.
2. USM,UTM,UKM dan UiTM akan mula melaksanakan selewat-lewatnya Dis 2007
3. Perlantikan PPS diberi keutamaan kepada pembantu makmal yang sedia ada dan telah lulus Bridging Program
4. Jawatan pembantu makmal di mansuhkan secara trade-off
5. GAKUM setuju menangguhkan “work to rule’ hingga 31 Dis 2007
6. Catatan mesyuarat Pembantu Makmal di IPTA dikemukakan kepada JPA,GAKUM dan semua ahli selewatnya 24 ogos 2007
7. Catatan mesyuarat dipersetujui dalam bentuk point from sahaja. ( ulasan editor:- baguslah tidak usah panjang-panjang dan berbelit-belit )
8. Pembantu makmal yang gagal 3 kali percubaan bridging program akan kekal sebagai KUP (khas untuk penyandang)
9. Keputusan ini akan dilaksanakan di semua 4 research universities dan enam Senior Universities.
Modul Program peralihan naiktaraf pembantu makmal UMS
Awal tahun 2011
PEMBANTU MAKMAL NAIK TARAF (BERITA HARIAN 23 Ogos 2007)
Statement ini saya ambil dari kenyataan akbar Berita Harian yang dikeluarkan oleh presiden GAKUM, Omar Othman yang kini bergelar “Dato’ “ Priseden CEUPAC. Jika saudara saudari ingat ketika itu terpampang didada akhbar pada tahun 2007, terasa masa depan pembantu makmal di IPTA terbela dengan perjuangan Gabungan Persatuan dan Kesatuan yang telah membuahkan hasil rentetan daripada perjuangan yang sekian lama hingga puluhan tahun.
Kata keramat “work to rule” tindakan drastik yang diambil telah membuka jalan dalam perjuangan menaiktaraf pembantu makmal kepada pen.peg.sains. Usaha dalam memperjuangkan skim perkhidmatan jawatan C17 ini sebenarnya tidak berakhir disini. Masih terdapat kronologi yang berikutnya. Sebelum itu saya ingin sampaikan kepada saudara-saudari rakan seperjuangan saya sekalian, sesungguhnya kita tidak akan melupakan perjuangan senior-senior kita dimasa lalu, sekecil manapun sumbangan PEJUMAS dalam GAJUM telah membawa impak yang tinggi kepada genarsi akan datang. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada tuan Presiden PEJUMAS dan rakan-rakan yang lain dalam memperjuangkan isu status penaiktarafan Pembantu Makmal.
Majlis Perasmian bridging program di 1 Borneo
KRONOLOGI TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN JAWATAN PEN. PEG. SAINS DAN BRIDGING PROGRAMM
KRONOLOGI TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN JAWATAN PEN. PEG. SAINS DAN BRIDGING PROGRAMM
Jika saudara saudari masih ingat pada 24-26 April 2007 satu Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-8 telah diadakan di UMS anjuran Persatuan Juruteknologi Makmal Universiti (PEJUMAS) dengan kerjasama SST dan SKTM. Disamping seminar yang diadakan, pihak pengurusan PEJUMAS juga berkesempatan mengadakan mesyuarat bersama presiden Persatuan Pen Peg Sains semua IPTA (GAJUM) Berdasarkan daripada laporan lisan oleh presiden PEJUMAS kepada saya, mesyuarat turut membincangkan hal-hal perjawatan C17 dalam usaha menaiktaraf skim perkhidmatan pembantu makmal IPTA.
Kronologi seterusnya, beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan oleh PEJUMAS dengan pihak Pendaftar UMS. Ahlamdulillah Jabatan pendaftar UMS ,selaku pusat pembangunan sumber manusia telah mengambil tindakan proaktif untuk memastikan proses pembangunan dan hala tuju kerjaya setiap kakitangan dipertingkatkan.Namun untuk memastikan pembantu makmal IPTA khususnya di UMS, keperluan kemahiran dan skill yang tinggi dan juga kompeten serta berpengetahuan seiring era globalisasi, maka dipihak pendaftar telah mengubal modul bridging program dengan bantuan komuniti Pegawai Sains dan Kakitangan Akedemik.
Tarikh 14 Mei 2009, satu perbincangan/mesyuarat program peralihan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) pembantu makmal telah diadakan di Bilik Penerbitan SST yang dihadiri oleh komuniti Pegawai Sains. Mesyuarat tersebut membincangkan modul kursus yang akan ditawarkan dalam bridging program. Oleh kerana UKM dan UMS mempunyai hubungan yang erat maka modul kursus program peralihan UKM telah dijadikan bahan rujukan dalam membangunkan modul kursus program peralaihan UMS.
Saudara saudari rakan perjuangan saya sekalian, sebelum saya meneruskan kronologi berikutnya saya ingin membawa saudara saudari menyoroti kronologi yang sebelumnya. Diawal penulisan saya dalam siri 1, tanggal 29 Dis 2006 satu Mesyuarat Pembantu Makmal IPTA dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan “semua IPTA melaksanakan program peralihan mengikut silibus yang telah dipersetuji” manakala dalam Resolusi Pembantu makmal di IPTA 21 Ogos 2007, USM,UTM,UKM dan UiTM, akan mula melaksanakan selewat-lewatnya Dis 2007.
Tuan-tuan dan puan-puan, jika kita meneliti perbezaan tahun sejak program peralihan itu telah diluluskan oleh KPT(2007) dengan pelaksanaannya di UMS awal tahun 2011 terdapat jurang yang ketara dari segi masa yang diambil oleh pihak pengurusan university. Saya percaya, dalam membangunkan modul program peralihan bridging program bukanlah semudah yang disangka. Ucapan syabas kepada semua pihak pengurusan yang terlibat dalam memperhalusi modul yang telah dilaksanakan.
Saudara-saudari rakan seperjuangan saya, setelah mesyuarat pertama komuniti Pegawai Sains pada 14 Mei 2009 dalam membincangkan Modul program peralihan peringkat UMS telah disusuri lagi dengan beberapa mesyuarat bersama jabatan pendaftar seterusnya. Tanggal 18 jun 2010 satu Mesyuarat Modul Bridging programme Pembantu makmal UMS siri 4/2010 telah diadakan di Bilik mesyuarat Lembaga, Canselori. Perbincangan demi perbincangan, mesyuarat demi mesyuarat, maka pada tarikh 23 Dis 2010 telah keluar surat tawaran kepada pembantu makmal yang terpilih dalam “first batch bridging program” yang akan bermula awal Januari 2011. seramai 33 orang pembantu makmal telah ditawarkan kursus peralihan daripada 103 orang keseluruhan pembantu makmal UMS ketika itu. Kini seramai 25 orang daripada 33 orang pembantu makmal yang terus berjuang dalam kursus tersebut yang masuk semester ke-3, selebihnya menarik diri atas alas an tersendiri. Sasaran sebenar kursus tersebut kepada semua pembantu makmal yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun dan telah sah jawatan serta mendapat perakuan daripada ketua jabatan.
TAKLIMAT BRIDGING PROGRAM SEM-3
TAKLIMAT BRIDGING PROGRAM SEM-3
No comments:
Post a Comment