Soalan
Bincangkan dan huraikan Pasukan Tindakan
Kecemasan, dengan mengambil contoh kejadian yang berlaku gempa bumi di Nepal
baru baru ini?
Bencana
alam, seperti gempa bumi akan meragut nyawa dan harta benda, kejadian yang
berlaku baru baru ini di Nepal telah menelan banyak nyawa dan harta benda.
Kemusnahan yang berlaku di Nepal amatlah menyedihkan dan mengharukan. Oleh yang
demikian seharusnya kita mengambil pengajaran dengan menyediakan “ payung
sebelum hujan”. Pelan tindakan kecemasan dan
pasukan tindakan kecemasan ( ERP ) seharusnya perlu di tubuhkan disetiap
bangunan kerajaan dan juga swasta untuk mengelak sebarang kemusnahan samada
nyawa dan harta benda.
Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat
kita halang bak kata pepatah, geruh tak berbunyi, malang
tidak berbau.Tamsilnya, gempa bumi yang melanda Nepal telah
menggemparkan seluruh dunia. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia
sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan
gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya.
Di Malaysia, kejadian gempa bumi amatlah jarang sekali berlaku, ini kerana malaysia terletak jahu daripada lingkaran kawasan
gunung berapi. Namun demikian, tidak mustahil akan berlaku tempias kesan secara
tidak langsung daripada kejadian gempa bumi, seperti tsunami dan gegeran sekala
kecil daripada kawasan yang terlibat.
Mengikut keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKKP 514 (1994), menyatakan semua aktiviti pekerjaan termasuklah sektor perkhidmatan awam dan badan berkanun seperti universiti adalah tertakluk dibawah AKKP 514 kecuali aktiviti pekerjaan di atas kapal dan perkhidmatan angkatan tentera. Kegagalan organisasi atau majikan untuk mematuhi peruntukan AKKP 514 boleh didakwa secara langsung dan dikenakan tindakan undang-undang.
Oleh yang demikian, setiap
bangunan kerajaan dan swasta perlunya ada satu standard prosedur kecemasan
bencana alam untuk melindungi pekerja dan juga harta benda. Penubuhan pasukan
tindakan kecemasan (ERP) di bangunan bangunan kerajaan dan swasta dapat
mengurangkan mudarat nyawa dan harta benda kesan daripada bencana alam. Selain
daripada ERP diperingkat bangunan tersebut, peranan kerajaan untuk membentuk
jawatankuasa kecemasan yang spesifik untuk suatu bencena alam amatlah
diperlukan.
Di Malaysia, terdapat
Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi yang telah dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara , Jabatan Perdana Menteri. Kesiapsiagaan dalam
menguruskan bencana alam khususnya gempa bumi oleh kerajaan dititik beratkan.
Beberapa agensi tindak balas akan memainkan peranan dalam operasi mencari dan
menyelamat serta bantuan perubatan kecemasan seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat
Khas Malaysia (SMART) JBPM , PDRM , ATM jabatan Perubatan Kecemasan dan JPAM. Semua agensi akan memainkan peranan
masing masing seperti yang terkandung dalam Peraturan tetap Operasi
Pengendalian Gempa Bumi di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara ( MKN ).
Peristiwa hitam yang
melanda Nepal yang telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda, pada pandangan
saya kurangnya strategi pengendalian kecemasan oleh negera tersebut. Jika kita
melihat daripada sistem perancangan bangunan mereka, kelihatan struktur
bangunan yang amat rapuh, yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa yang sangat
tinggi. Dengan adanya teknologi moden pada masa kini, gegaran daripda gempa
bumi dapat dikurangkan mudaratnya kepada rakyat jika berlaku bencana alam
melalui kawalan makenikal dan pengurusan yang sistemetik daripada kerajaan. Agensi seperti JKR, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa (JPBD) mengambil peranan memastikan garis panduan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan dengan mengambil kira risiko risiko yang akan dihadapi di suatu
tempat.
Sistem amaran awal, melalui
saluran media sebagai komunikasi dengan penduduk merupakan pekara penting dalam
pengendalian bencana alam. Agensi Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran
Media memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini. Dengan
adanya Amaran Awal daripada kerajaan mengenai suatu bencana yang akan menimpa/
melanda suatu tempat, maka penduduk dapat bersiap siaga dalam menghadapi segala
bencana alam.
Pelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan (ERP) adalah pelan tindakan yang digunakan oleh organisasi semasa kecemasan. Pasukan yang bertindak mengikut ERP dikenali sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan. Pasukan ini ditubuhkan di dalam sesebuah organisasi dan adalah bertujuan untuk menggerakkan, menjalankan dan menyelia kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana seperti gempa bumi,kebakaran, letupan, tumpahan kimia, runtuhan dan lain-lain lagi. Pelan ini penting untuk memastikan sebarang situasi kecemasan dikendalikan sebaik mungkin dengan lebih teratur. Ini dapat mengurangkan kesan mudarat akibat daripada bencana seperti kecederaan, penyakit, kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan pencemaran.
Berikut
adalah carta alir pengurusan gempa bumi yang dikelurkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Pengunsian
bangunan
Pengunsian
bangunan perlu dilakukan secara teratur dan cekap jika berlaku kecemasan atau
bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami. Berikut adalah contoh yang
terdapat di bangunan FSMP yang dilekatkan disetiap penjuru atau laluan penghuni
bangunan agar mudah dilihat dan jelas.