Monday, 25 February 2013

PROSEDUR DAN ETIKA KAJIAN MENGENAI HAIWAN (TIKUS)


Pengenalan
Kajian mengenai Sistem Respirasi, Perkumuhan, Pembiakan dan Pencernaan mamalia memerlukan ujikaji terhadap sampel hidup dalam penelitian organ-organ yang berkaitan. Amali Fisiologi yang telah dilaksanakan di Makmal Patologi SST, UMS telah memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Bridging Program ini. Amali ini memilih sampel tikus dan ikan  untuk mengetahui fungsi organ dan kajian anatomi terhadap haiwan tersebut.
Pemilihan prosedur yang betul dan kelengkapan alat radas hendaklah dititikberatkan dalam proses ujikaji terhadap haiwan. Kod Etika  dalam proses kajian mengenai haiwan hidup untuk dijadikan kajian dan eksprimen hendaklah diamalkan oleh semua pelajar yang terlibat. Ini kerana setiap haiwan yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup diatas muka bumi ini, oleh itu proses pembunuhan/mematikan organisme hidup seperti tikus hendaklah dilakukan sercara beretika.

PROSEDUR

No
Prosedur kerja
Catatan/gambar
1
Cara mematikan tikus
1.      Tetapkan niat dan tujuan yang murni
2.      Sediakan alat/bekas yang tertutup
3.      Masukan kapas yang telah dicampur dengan chloroform kedalam bekas kedap udara
4.      Masukan tikus kedalam bekas dan tutup rapat dengan cara memegang ekor.
5.      Tunggu 10-15 minit sehingga tikus itu telah betul-betul tidak bernyawa.


Pastikan dibuat dalam kebuk wasap untuk mengelakan chloroform tidak tersebar di persekitaran kerja

2
Tempat Pembedahan/meja/alat radas
1.      Pastikan alat pembedahan mencukupi
2.      Meja dilapis dengan plastik atau kertas terpakai.
3.      Gunakan lapisan getah(papan pembedahan) untuk proses pembedahan
4.      Sediakan pin atau jarum peniti untuk mempin tikus dipapan tersebut





3
Pembahagian tugas-tugas dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan. Memerlukan beberapa pencatat data, ambil gambar, melakukan pembedahan, dan beberapa pembantu untuk melakukan pembedahan.
3
Letakan tikus dan pinkan  kaki dan tangan secara terlentang dan pinkan juga ekor tikus


4
Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara.
5
Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.









6
Membuat penelitian kesemua organ-organ yang terlibat untuk tujuan amali ini

7
Gunakan kamera atau lukiskan setiap organ yang terlibat dan lebalkan organ-organ tersebut
8
Setelah selesai membuat ekspriment pastikan sampel atau haiwan ini dilupuskan secara sempurna

Dibuang dalam plastic yang dikhaskan dan sampel yang tidak digunakan hendaklah di bakar.



RADAS DAN BAHAN
Makmal Patologi di SST yang digunakan untuk amali Fisiologi bridging Program masih lagi kekurangan dari segi kemudahan dan peralatan dalam melakukan amali untuk pengajaran. Kelengkapan alat dalam proses amali yang melibatkan pembedahan seperti tikus dan mamalia yang lain seperti papan pembedahan  yang dikhaskan yang diperbuat daripada getah tidak dapat disediakan. Berikut adalah alat atau radas yang digunakan ketika amali tersebut

Radas dan Bahan
Bahan  
  1. Tikus
  2. Ikan
  3. Chloroform
  4. kapas
Alat radas
  1. Pisau set pembedahan
  2. Polystreen
  3. Bekas kedap udara
  4. Jarum peniti
  5. Kebuk wasap
  6. Tray
Penambahbaikan.
Terdapat beberapa alat yang diperlukan untuk membuat ujikaji tidak dapat disediakan. Namun dengan alternative lain ujikaji dapat dilaksanakan dengan  menukarkan papan pembedahan dengan polystreen. Sebaiknya papan pembedahan hendaklah diperbuat daripada lapisan getah agar sampel tidak mudah tercabut ketika di pinkan

Selain itu Jarum peniti yang digunakan yang tiada mempunyai hujung kepala mungkin boleh ditukar kepada jarum peniti yang mempunyai kepala agar sampel tidak mudah tercabut. Ianya juga dapat mengelakkan daripada risiko bahaya tercucuk pada tangan.

Seharusnya makmal menyediakan sabun pencuci tangan seperti detol, soap medical ataupun sabun yang boleh mengelakkan daripada pencegahan bacteria dan kuman. Namun hakikatnya daripada penelitian saya ketika menjalankan amali , tiada kemudahan tersebut didalam makmal, Cuma yang ada sabun pencuci piring untuk mencuci alat radas. Pengendalian sampel biological hendaklah menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Persekitaran dalam makmal untuk melakukan ujikaji juga seharusnya bersih dan selamat. Malangnya apabila saya melihat makmal Patologi di SST terdapat siling yang bocor dan runtuh tidak dibersihkan. Ini menjadi persoalan adakah keselamatan untuk melakukan ujikaji dimakmal itu terjamin. Paling mengecewakan sumber air pada pili paip dalam makmal untuk kesemua meja hadapan dan tempat pembedahan tersebut tiada air.



ETIKA
Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan 

Apabila suatu kajian sains yang melibatkan suatu ujikaji membabitkan pengambilan  nyawa terhadap haiwan  akan menimbulkan persoalan , apakah kebaikan dan keburukan? Dan apakah criteria mengukur baik dan buruk serta persoalan motif dan niat disebalik tingkah laku manusia.
Dalam amali ini, kami telah mengunakan bahan sampel ikan dan tikus, untuk mengendalikan ikan sebagai ujikaji didalam makmal tidak banyak menimbulkan persoalan etika kerana ikan yang dibekalkan tidak bernyawa (mati). Telah menjadi kebiasaan masyarakat bukan  vegetarian mengendalikan ikan dirumah sebagai hidangan harian sebagai sumber protein.

Apabila berhadapan dengan sampel bahan ujikaji yang bernyawa seperti tikus, seseorang pengkaji atau penyelidik hendaklah beretika dalam melaksanakan ujikaji tersebut. Kumpulan kami telah mengunakan chloroform untuk mematikan tikus didalam bekas kedap udara. Cara terbaik adalah dengan mematikan tikus tersebut secepat mungkin dengan mengurangkan kesakitan dan kecederaan yang teruk terhadap fizikal tikus.

Ujikaji terhadap tikus atau pun haiwan bukanlah suatu kesombongan manusia terhadap alam, jika niat dengan tujuan yang murni dan beretika dalam membuat satu kajian untuk keselarian ilmu mengikut peredaran zaman.