Sunday, 17 March 2013

MLM (MULTILEVEL MARKETING/AFFILIATE MARKETING/NETWORK MARKETING)

MLM (MULTILEVEL MARKETING/AFFILIATE MARKETING/NETWORK MARKETING) 

emmm..baru-baru nie ada satu perjumpaan di karamuncing lah kunun.. dengar khabar ramai yang pigi, termasuk biniku yang comel tu datang nak dengar ceramah dan taklimat pasal satu perniagaan MLM yang cukup memberangsangkan, fooOhh yooO..duit masyukkK...apa yang menariknya lagi, ada lah pulak kalangan yang dah berjaya duit masyuk tue its my causin..cukup indahnya lagi  kena tulung ambik borang loan, bukan mahu mengata atau memperrrrkecilkan sistem MLM nie. tapi bila dipikir-pikirkan balik.. sebenarnya MLM nie boleh dikatakan menjerut leher kawan dan keluarga yang masuk dalam kepompong perniagaan cepat kaya. 


Ingat balik fakta-fakta asas sesuatu MLM atau skim piramid:
1. Adanya sistem perniagaan yang melibatkan TAJAAN DOWNLINE dan duplikasi syarat ini jatuh kepada setiap ahli yang menyertai sesuatu MLM atau skim piramid.
2. Adanya perpindahan duit daripada downline ke upline, sama ada satu level ke atas atau berbilang level ke atas, dan sama ada duit sahaja (iaitu, skim piramid) atau pun keuntungan/komisen/bonus daripada downline daripada wang pendaftaran atau jualan produk (iaitu, MULTILEVEL MARKETING/AFFILIATE MARKETING/NETWORK MARKETING... dan lain-lain yang sewaktu denganya..).
3. Setiap ahli perlu menaja downline 2 atau lebih, dan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ahli MLM/SP secara SIRI GEOMETRIK, di mana jumlah ahli akan meningkat secara eksponensial. Perkataan INFINITI selalu disebut... infiniti kepala otaknya, apabila sampai satu tahap dimana "kesukaran dalam mencari keahlian baru"  Sistem ini akan mula diambang keruntuhan.. Syarikat atau CEO yang mengujudkan sistem ini akan mula STOP dan menghentikan OPERASInya (udah untung...larilah) dan akan buka lagi Sistem MLM yang sama dengan nama yang berbeza. Apa yang ramai manusia yang masih pakai cawat daun kayu tak sedar tentang faktor DUPLIKASI dalam MLM/SP adalah - ianya akan meletakkan majoriti ahli yang menyertai mana-mana MLM/SP berada di dasar piramid - dan di dasar piramid inilah punca keuntungan akan diperolehi oleh segelintir ahli terdahulu atau teratas di dalam hieraki apa-apa MLM atau skim piramid tersebut. Very simple, Kalau kita ambil satu MLM yang syaratnya hanya perlu mencari 2 downline bagi setiap seorang ahli (sistem binari atau sistem 2-kaki, yang jadi amalan MIRZA,PQ yang cilaka tu dan lain-lain MLM ) - korang semua akan lihat dan fahami bahawa inilah muslihat matematik yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk mengaut keuntungan mengalahkan anak yahudi macam Bernie Madoff. Shit! Usahkan Bernie Madoff... dajjal pun tabik spring.

ko tengok carta kat kiri ni. Katakan setiap ahli yang join sesuatu MLM/SP perlu cari 2 downline sahaja untuk setiap seorang (itu belum 3, 4, 10, 50 lagik tu) - dan katakan setiap hari setiap ahli yang berdaftar untuk join MLM tu semua berjaya dapat sorang 2 downline - maka jumlah ahli akan DOUBLE/GANDA DUA bagi setiap hari yang berlalu. Dan korang tak payah susah-susah fikir nombor besar-besar - katakanlah upline level 1 akan dapat SATU SEN komisen daripada setiap ahli di level bawah, pada hari ke 25, Awang Kulup yang kat level 1 akan menerima komisen sebanyak RM167,771.16... just one cent! Tapi korang tengok apa yang akan berlaku 5 hari kemudian - siawang mulut manis parasite teratas akan menerima RM5.3 juta ringgit! Itu keuntungan daripada 1 sen komisen

Tak payah kecoh jual barang, head-hunting dalam perniagaan MLM/SP tu aja dah boleh menjana keuntungan banyak gilababi - dan dalam apa-apa sistem bisnizs yang ada pencarian downline, pada peringkat awal, perkembangan eksponensial tersebut akan berlaku dengan perlahan, tetapi apabila ianya sampai ke peringkat hujung sekali, jumlah tersebut akan meningkat secara mendadak, dan bila mana level akhir mencapai nombor yang terlalu besar --> 3 perkara berlaku:
1. Kadar keuntungan mastermind berlipat-ganda macam barua.
2. Kadar kerugian ahli sangat la tinggi gilbabi.
3. Skim piramid MLM akan crash tergolek tejurangkang.
- isunya adalah tentang kadar kerugian masyarakat sejagat yang akan berlaku dalam perniagaan MLM dan skim piramid. Jangan la mudah terpengaruh dan , dan sengaja tak nak faham pasal isu ini... 

Untuk setiap ahli yang berdaftar dengan apa-apa entiti MLM atau skim piramid - sang CEO akan dapat keuntungan daripada setiap ahli yang join (tak kisah level mana sekali pun), dan juga daripada setiap produk yang dijual oleh setiap ahli.. Sepanjang sejarah manusia sejak azali lagik kekayaan harta dan wang-ringgit akan menjadikan manusia itu tamak dan lupa tentang realiti sebenar - dan tak kisah siapa - mereka akan cari jalan untuk kasi operasi sebegini berjalan lancar, siap dengan kaedah "self-righteousness", "self-assurance", "selective neglect" dan kelentongan keagamaan dan penipuan ekonomi terhadap mangsa-mangsa yanng kurang mempunyai pemahaman dan penyelidikan terhadap bisnisz yang diikuti tapi perasan nak jadi millionaire yang ada sekarang berkeliaran di kalangan masyarakat kita.

Itulah dia keajaiban DUPLIKASI dalam MLM dan skim piramid. Cuma yang menyedihkan, CEO/mastermind tu akan dapat untung gila-gila, tapi kepada ahli yang join terkemudian, yang berada "at the end of the chain", oleh kerana jumlah mereka sentiasa GANDA-DUA daripada level sebelumnya ( itu ganda dua.. kalau ganda 5.. naaa  BISAA), mereka akan mendapati bahawa masing-masing susah gila mahu cari downline - sebab ahli-ahli tersebut berlumba-lumba di antara sesama mereka yang telah terlalu ramai untuk cari downline - dan bila berlaku keadaan di mana terlalu ramai ahli-ahli tersebut kecundang dalam "ops cari downline" (atau dihalau atau dimaki-hamun oleh prospek-prospek yang dah menyampah sungguh melihat muka monkey MLM tak sudah-sudah mengajak buat entahkapaluiannya MLM atau SP) - maka KETEPUAN akan berlaku. Yang berada di dasar piramid akan kerugian, dan jumlah yang rugi adalah  99.9% or more - picaya ka inda.. terpulang lahh...

MLM itu adalah MATEMATIK -. Dan matematik itu diperlukan dalam hal-hal mengira duit keuntungan  MLM ni, serta hal-hal tentang jumlah ahli (dan bila ketepuan jumlah ahli akan terjadi), dan matematik jugalah perkara yang akan menjatuhkan HUKUM bahawa MLM itu adalah HARAM dari sisi Islam. Tak payah nak tunggu nas-nas dan dalil-dalil dalam Al-Quran dan Al-Hadith untuk mengatakan ianya HARAM - tak kan jumpa punya. Tapi ilmu matematik itu mengatakan bahawa sistem MLM akan menyebabkan kerugian kepada 99.9% ahli, dan kerugian ahli tersebut adalah punca kekayaan beberapa orang upline teratas dan mastermind skim tersebut. Dalam menjadikan 100 orang kaya-raya, akan ada lebih sejuta orang tak dapat keuntungan (selepas ditolak perbelanjaan masing-masing dalam kerjaya MLM mereka). Itu dah jadi HARAM - ada penganiayaan dalam perniagaan tu - sistem MLM itu menjanjikan kerugian yang "MATHEMATICALLY PRE-DETERMINED" dari mula, sebelum ianya dilancarkan lagik. Yang hairannya.. apa-hal ramai masyarakat terlalu palui dan tak pernah tahu isu ekonomi sebegini? 

Jumlah kerugian itu adalah sangat besar untuk level yang penghujung, sebab akan berlaku peningkatan jumlah manusia daripada satu level ke satu level, yang akan jadi FEEDER kepada kekayaan hieraki teratas, dan yang kaya hanyalah beberapa manusia licik sahaja, dan yang lain-lain hanyalah manusia yang senang dikelentong, dan ada angan-angan nak "emulate" mereka yang berjaya - but it'll never happen to most of of them. Jadi, ini adalah penipuan ekonomi dan janji palsu CEO MLM dan upline teratas/yang paling cekap mengayat. Ini adalah perniagaan kategori PALUI. Apa yang susahnya sangat nak jatuh hukum? Ilmu matematik itu adalah ilmu Allah jugak.

Jadi, MUSLIHAT syarikat MLM itu ("trick of the trade") dalam menjayakan sistem perniagaan sebegini adalah dengan mengabui realiti ini dan mencanang dan menghasut setiap prospek bahawa mereka yang rajin dan cekap berusaha akan berjaya dalam bisniz MLM. Para rekrut akan diberitahu bahawa MLM itu adalah tiket untuk jadi millionaire dan setiap orang mempunyai peluang untuk meraih keuntungan yang besar kalau murah rezeki Allah bagi - jangan lupa banyak-banyak berdoa lepas sembahyang dan jangan lupa baik hati sedekah kat rumah anak yatim dan pada orang fakir-miskin, semuanya itu trick jer..mulut manis,lidah bergulung,

Cara bagaimana muslihat matematik berlaku dalam menjayakan apa-apa jenis MLM adalah dengan adanya kitaran ahli-ahli yang kecundang dari masa ke semasa - dan perkara ini bukannya senang dinilai dan dilihat dengan mata kasar - melainkan satu KAJIAN STATISTIK dilakukan ke atas jumlah ahli yang masuk-keluar di dalam sesuatu biznis MLM. Boleh dapatkan data ini tak? Sure... CEO dan akauntan syarikat MLM ada data ni. Sure, kalau kerajaan Malaysia kesahkan pasal isu ini dan pigi serbu dan sita komputer mana-mana syarikat MLM tu..


Apabila sesebuah perniagaan MLM itu mencapai peringkat matang, di mana akan terdapat jumlah ahli yang telah mencecah ribu-ribu atau lebih daripada itu - dan dengan adanya faktor "MATHEMATICAL IMPOSSIBILITY" dalam perkembangan keahlian tersebut - ahli yang join terkemudian akan menghadapi kesukaran untuk menaja ahli baru (so, they quit), atau ahli yang mereka taja yang menghadapi kesukaran yang sama (so, these people quit). Proses "quit and replace" ini akan berlaku dan dasar piramid MLM/SP sebegini akan terus-menerus mengalami ketepuan dan diganti oleh ahli baru yang baru keluar hutan yang tak pernah tahu-menahu tentang permainan ekonomi sebegini

Dengan kaedah ini, mana-mana MLM yang besar (seperti Amway, MonaVie, USANA, ) tidak akan mengalami ketepuan yang mendadak kerana kebanyakan ahli yang join akan cuba pada awalnya untuk buat bzns dan cari downline masing-masing, dan masing-masing secara persendirian tidak akan sedar bahawa ketepuan pasaran telah berlaku disekeliling mereka (yang tahu, CEO MLM tu). Daripada kajian statistik yang dilakukan di Amerika dan Eropah, semua MLM mengalami kadar "dropout" keahlian di antara 50% - 90% untuk satu tahun, setiap tahun sesuatu entiti MLM itu bergerak. Itu sebab ramai yang berkata  bahawa ketepuan pasaran itu tak logik dan tidak berlaku, sebab dia orang tak nampak ianya berlaku depan mata. Benda yang tak nampak, tak bermakna ianya tak berlaku - itu gunanya research kan? Itu gunanya kajian statistik? Itu gunanya akal.

Untuk setiap jualan produk atau penajaan downline bagi setiap ahli yang join, mana-mana MLM akan menetapkan syarat-syarat spesifik ke atas setiap ahli, di mana akibat akhirnya, sejumlah besar komisen/bonus akan pasti pergi ke peringkat atas hieraki piramid MLM tersebut. Mesti korang selalu dengar alasan bahawa syarikat "so and so" tidak mengamalkan skim piramid, sebab sapa yang berusaha lebih dia yang akan untung lebih.  Dalam kajian statistik mana-mana sistem MLM, dengan adanya kaedah tajaan dan sedikit komisen daripada jualan downline berbilang tingkat naik ke atas - dan bila mana sesuatu perniagaan MLM itu telah matang dan hampir tepu - disebabkan jumlah ahli yang sangat besar wujud, akan berlaku perpindahan dana yang besar daripada beribu downline kepada beberapa ekor manusia palui parasite di atas piramid. 

Apa yang kita akan jumpa dalam research yang dilakukan di Amerika, contohnya: Dalam sesuatu perniagaan MLM, bila mana ada lebih-kurang 100 orang yang paling aktif dan paling banyak downline yang buat sales, yang 100 orang itu akan menerima lebih daripada 75% jumlah semua komisen dan bonus daripada semua pendapatan pada bulan-bulan tertentu dalam sesuatu kitaran MLM. Fakta tentang jumlah 100 orang yang dapat durian runtuh tu kiranya ada problem tak dalam muammalat Islam? Usahkan dalam Islam, dalam agama-agama lain - ada problem ka gingz? Sure ada problem, kalau jumlah sales/tajaan melibatkan RM27 juta ringgit dan ahli yang aktif (downline tu semua) itu berjumlah lebih daripada 100,000 orang, dan 100,000 orang ni struggle untuk dapat untung setiap sorang daripada mereka. 100,000 orang tu jadi kulibatak kepada 100 orang, dan 100 orang mengikik ketawa goyang kaki kira duit laknat setiap bulan. 100 orang itu adalah 0.01% daripada ahli --> tapi mereka mengaut 75% daripada dana keuntungan yang ada.







Monday, 25 February 2013

PROSEDUR DAN ETIKA KAJIAN MENGENAI HAIWAN (TIKUS)


Pengenalan
Kajian mengenai Sistem Respirasi, Perkumuhan, Pembiakan dan Pencernaan mamalia memerlukan ujikaji terhadap sampel hidup dalam penelitian organ-organ yang berkaitan. Amali Fisiologi yang telah dilaksanakan di Makmal Patologi SST, UMS telah memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Bridging Program ini. Amali ini memilih sampel tikus dan ikan  untuk mengetahui fungsi organ dan kajian anatomi terhadap haiwan tersebut.
Pemilihan prosedur yang betul dan kelengkapan alat radas hendaklah dititikberatkan dalam proses ujikaji terhadap haiwan. Kod Etika  dalam proses kajian mengenai haiwan hidup untuk dijadikan kajian dan eksprimen hendaklah diamalkan oleh semua pelajar yang terlibat. Ini kerana setiap haiwan yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup diatas muka bumi ini, oleh itu proses pembunuhan/mematikan organisme hidup seperti tikus hendaklah dilakukan sercara beretika.

PROSEDUR

No
Prosedur kerja
Catatan/gambar
1
Cara mematikan tikus
1.      Tetapkan niat dan tujuan yang murni
2.      Sediakan alat/bekas yang tertutup
3.      Masukan kapas yang telah dicampur dengan chloroform kedalam bekas kedap udara
4.      Masukan tikus kedalam bekas dan tutup rapat dengan cara memegang ekor.
5.      Tunggu 10-15 minit sehingga tikus itu telah betul-betul tidak bernyawa.


Pastikan dibuat dalam kebuk wasap untuk mengelakan chloroform tidak tersebar di persekitaran kerja

2
Tempat Pembedahan/meja/alat radas
1.      Pastikan alat pembedahan mencukupi
2.      Meja dilapis dengan plastik atau kertas terpakai.
3.      Gunakan lapisan getah(papan pembedahan) untuk proses pembedahan
4.      Sediakan pin atau jarum peniti untuk mempin tikus dipapan tersebut





3
Pembahagian tugas-tugas dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan. Memerlukan beberapa pencatat data, ambil gambar, melakukan pembedahan, dan beberapa pembantu untuk melakukan pembedahan.
3
Letakan tikus dan pinkan  kaki dan tangan secara terlentang dan pinkan juga ekor tikus


4
Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara.
5
Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan.









6
Membuat penelitian kesemua organ-organ yang terlibat untuk tujuan amali ini

7
Gunakan kamera atau lukiskan setiap organ yang terlibat dan lebalkan organ-organ tersebut
8
Setelah selesai membuat ekspriment pastikan sampel atau haiwan ini dilupuskan secara sempurna

Dibuang dalam plastic yang dikhaskan dan sampel yang tidak digunakan hendaklah di bakar.



RADAS DAN BAHAN
Makmal Patologi di SST yang digunakan untuk amali Fisiologi bridging Program masih lagi kekurangan dari segi kemudahan dan peralatan dalam melakukan amali untuk pengajaran. Kelengkapan alat dalam proses amali yang melibatkan pembedahan seperti tikus dan mamalia yang lain seperti papan pembedahan  yang dikhaskan yang diperbuat daripada getah tidak dapat disediakan. Berikut adalah alat atau radas yang digunakan ketika amali tersebut

Radas dan Bahan
Bahan  
  1. Tikus
  2. Ikan
  3. Chloroform
  4. kapas
Alat radas
  1. Pisau set pembedahan
  2. Polystreen
  3. Bekas kedap udara
  4. Jarum peniti
  5. Kebuk wasap
  6. Tray
Penambahbaikan.
Terdapat beberapa alat yang diperlukan untuk membuat ujikaji tidak dapat disediakan. Namun dengan alternative lain ujikaji dapat dilaksanakan dengan  menukarkan papan pembedahan dengan polystreen. Sebaiknya papan pembedahan hendaklah diperbuat daripada lapisan getah agar sampel tidak mudah tercabut ketika di pinkan

Selain itu Jarum peniti yang digunakan yang tiada mempunyai hujung kepala mungkin boleh ditukar kepada jarum peniti yang mempunyai kepala agar sampel tidak mudah tercabut. Ianya juga dapat mengelakkan daripada risiko bahaya tercucuk pada tangan.

Seharusnya makmal menyediakan sabun pencuci tangan seperti detol, soap medical ataupun sabun yang boleh mengelakkan daripada pencegahan bacteria dan kuman. Namun hakikatnya daripada penelitian saya ketika menjalankan amali , tiada kemudahan tersebut didalam makmal, Cuma yang ada sabun pencuci piring untuk mencuci alat radas. Pengendalian sampel biological hendaklah menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Persekitaran dalam makmal untuk melakukan ujikaji juga seharusnya bersih dan selamat. Malangnya apabila saya melihat makmal Patologi di SST terdapat siling yang bocor dan runtuh tidak dibersihkan. Ini menjadi persoalan adakah keselamatan untuk melakukan ujikaji dimakmal itu terjamin. Paling mengecewakan sumber air pada pili paip dalam makmal untuk kesemua meja hadapan dan tempat pembedahan tersebut tiada air.



ETIKA
Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan 

Apabila suatu kajian sains yang melibatkan suatu ujikaji membabitkan pengambilan  nyawa terhadap haiwan  akan menimbulkan persoalan , apakah kebaikan dan keburukan? Dan apakah criteria mengukur baik dan buruk serta persoalan motif dan niat disebalik tingkah laku manusia.
Dalam amali ini, kami telah mengunakan bahan sampel ikan dan tikus, untuk mengendalikan ikan sebagai ujikaji didalam makmal tidak banyak menimbulkan persoalan etika kerana ikan yang dibekalkan tidak bernyawa (mati). Telah menjadi kebiasaan masyarakat bukan  vegetarian mengendalikan ikan dirumah sebagai hidangan harian sebagai sumber protein.

Apabila berhadapan dengan sampel bahan ujikaji yang bernyawa seperti tikus, seseorang pengkaji atau penyelidik hendaklah beretika dalam melaksanakan ujikaji tersebut. Kumpulan kami telah mengunakan chloroform untuk mematikan tikus didalam bekas kedap udara. Cara terbaik adalah dengan mematikan tikus tersebut secepat mungkin dengan mengurangkan kesakitan dan kecederaan yang teruk terhadap fizikal tikus.

Ujikaji terhadap tikus atau pun haiwan bukanlah suatu kesombongan manusia terhadap alam, jika niat dengan tujuan yang murni dan beretika dalam membuat satu kajian untuk keselarian ilmu mengikut peredaran zaman.