Sunday, 15 July 2012

Oh pencuri

                                              kes kecurian Rim.

salam,
lama sudah rasanya tidak mengunjungi blog saya ni, berkulat dan berhabuk, oleh itu Cubit cuba sapu-sapu sikit habuk yang melekat pada blog ini.
SSMP, UMS - kes kehilangan kereta pada tahun lepas di SSMP, sebuah kereta Produa Kancil yang diletakan tempat letak kereta belakang bangunan SSMP pada tahun lepas menjadi tanda tanya. SIAPA PENCURI???
Baru-baru ini sekali lagi kes berulang 16.07.2012 dimana 4 biji tayar kereta saya telah lesap oleh orang yang mempunyai sifat kerakusan dan perangai SETAN. Cubit masih lagi boleh bersabar kerana itu adalah dugaan dan takdir, kata pepatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Apapun persoalannya, bagaimana sistem keselamatan yang terdapat dalam kampus ini dapat diyakini oleh semua kakitangan dan pelajar mahupun pelawat/pengunjung daripada kes-kes serupa ini. Diharap pihak keselamatan dapat membuat rondaan ditempat yang mempunyai kes-kes yang kerap berlaku kecurian. Namun Cubit percaya, pencuri tersebut adalah orang yang bekerja dalam kampus ini juga, mungkin juga cubit mengenalinya, atau mungkin juga orang luar yang tak pernah kulihat wajahnya. Sesungguhnya pencuri tersebut tidak akan senang hidupnya, kerna Allah itu maha adil. Cubit redha,..

                                            Bentuk Rim Kereta sebelum dicuri


      

Thursday, 5 July 2012

Isu Jambatan Kg Brunei Terbengkalai




Kg Brunei Membakut- isu jambatan terbengkalai yang kini mengambil masa 4 tahun dalam proses pembikinan masih tidak selesai. Penduduk kampung setempat dan juga pengguna yang mengunakan jalan tersebut masih tertanya-tanya "bila akan siap sepenuhnya???.." berdasarkan maklumat awam projek jambatan Kg Brunei  tersebut telah menelan RM 1 juta untuk pembikinan, namun ianya masih terbengkalai seperti nisan yang tak bertuan. Pegawai Perhubungan Parlimen (P176) En Jaafar Ag Ahamd mengatakan bahawa peruntukan tambahan telah diluluskan oleh JKR bahagian Beaufort sebanyak RM 3 juta lagi untuk membina jalan raya ke jambatan tersebut. Berdasarkan pernyataan daripada pengerusi JKK kg Brunei, isu pemilik tanah dan rumah yang terlibat untuk dikorbankan tidak menjadi masalah, mereka akur akan pembangunan yang dibawa. Namun menjadi persoalannya, mengapa hingga kini masih tidak dapat diteruskan  projek pembinaan jambatan tersebut.
         Mengikut pendapat saya, tiada perancangan yang rapi untuk melaksanakan projek tersebut. kesulitan berlaku apabila terpaksa banyak mengorbankan beberapa rumah yang berdekatan dan juga tanah milik orang kampung. Kos projek meningkat untuk membayar pampasan dan juga terpaksa membuat beberapa lencongan jalan serta penembokan tanah. Jika Pemaju  berupaya memikirkan implikasi daripada plan projek asal maka  kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Pihak JKR juga hendaklah memantau dari segi teknikal  dan keupayaan projek dapat dilaksanakan. Sebaiknya pembinaan jambatan tersebut dibina 100 meter sebelum jambatan asal kerana kawasan yang strategik dan tidak ada rumah penduduk kampung yang perlu dikorban dan ini dapat menjimatkan kos pembinaan. Mengikut perkiraan saya, kos tambahan sebanyak RM 3 juta untuk membuat lencongan jalanraya kepada jambatan tersebut adalah lebih baik jika tapak  jambatan tersebut dipindahkan seperti yang saya cadangkan mungkin ianya melibatkan kos RM1 juta sahaja. Ini dapat menjimatkatkan kos sebanyak RM  2 juta lagi untuk kepentingan lain dalam pembangunan Negeri Sabah .Saya sebagai penduduk Kg Brunei saya amat kecewa dengan projek jambatan yang kini terbengkalai seperti batang buruk yang hanyut dan terdampar dari hulu sungai.

Wednesday, 4 July 2012

Komentar Klinik Kesihatan Menggatal




Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Menggatal- pengurusan maintenance yang lemah dan tidak teratur, ketika saya membawa anak saya berklinik untuk kali pertama pada Mac 2012 saya begitu terkejut dengan keadaan klinik yang begitu menyedihkan dan tak terurus. Dengan keadaan lantai yang uzur seperti puluhan tahun tidak pernah di mop atau dibersihkan. Maafkan saya kalau ada pembaca dalam blog saya yang bekerja dengan klinik tersebut. Saya begitu sedih dengan keadaan klinik memandangkan ianya merupakan sebuah Jabatan Kerajaan lebih-lebih lagi dibawah Kementerian Kesihatan. Jika menyebut Kesihatan seharusnya menjadi contoh kepada jabatan-jabatan kerajaan lain dari segi kebersihan dan kesihatan.
         Selain daripada lantai yang kotor, sistem pengudaraan dalam klinik juga tidak bersih. Daripada 4 buah aircond yang digunakan dalam ruang menunggu hanya sebuah sahaja yang berfungsi. Apabila saya membuat tinjuan sistem pengudaraan tersebut, ternyata aircond yang digunakan itu seperti tidak pernah di servis (penuh habuk).
       Melihat kepada pelanggan klinik tersebut, mereka akan suka berdiri dihadapan pintu utama dan juga duduk di luar demi mendapatkan udara yang lebih segar. Mereka yang sedang menuggu didalam ruang menunggu pasti akan membawa bekal sekeping kipas dari rumah jika tidak pun buku laporan perubatan akan menjadi mangsa sebagai kipas. 
     Sungguh menyedihkan apabila saya cuba untuk pergi ke tandas membuang air kecil dengan keadaan tandas yang begitu JIJIK dan rosak, hilang selera untuk meneruskan hajat dihati. Diharap klinik tersebut dapat berubah dimasa akan datang. Imej sebagai Klinik Kesihatan harus dijaga bukan hanya sekadar pandai menasehati orang lain untuk menjaga kesihatan dan kebersihan.




pintu tandas rosak
dan
tandas kotor








lantai yang kotor dan tempat persalinan bayi yang usang 

Persatuan Anak Membakut (PAMER)





Penubuhan Persatuan Anak Membakut Di Rantauan adalah untuk mewujudkan satu organisasi bagi mengumpul warga Membakut yang berada di luar Daerah Membakut samada yang  bekerja, berniaga  atau yang sedang menuntut.
Pertubuhan ini pada asalnya merupakan cetusan pemikiran rakan-rakan warga membakut yang berada di rantauan dalam laman social facebook dan pada masa yang sama juga  merupakan hasrat En. Mohd Ghazali Mohd Nadzir selaku orang yang bertanggungjawab membawa impian mewujudkan pertubuhan ini menjadi satu kenyataan. Di samping itu YB Datuk Haji Mohd. Ariffin Haji Arif yang merupakan Pemimpin Rakyat N24 kawasan Membakut yang  juga merupakan orang kuat bagi merealisasikan hasrat penubuhan persatuan ini.
        
Satu Majlis sambutan Hari Raya pada tahun 2011 telah dibuat  di Dewan Saadah Muis bagi menyambut warga Membakut yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Ariffin Haji Arif dan seramai kira-kira 200 orang hadir pada majlis itu

Usaha berterusan telah dibuat dan satu Jawatankuasa PROTEM  telah dibentuk pada 7hb Februari 2012 bagi tujuan pendaftaran pertubuhan. Pada mulanya nama pertubuhan yang dicadang adalah Persatuan Anak Perantau Membakut (PAPM) ditukar kepada Persatuan Anak Membakut Di Rantauan (PAMER) yang dicadang oleh En.Kamarudin Hamid melalui laman Facebook  seorang pensyarah kanan bertugas di Universiti Teknologi Malaysia Skudai dan disebabkan oleh masalah teknikal dan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan nama pertubuhan ditukar lagi kepada Persatuan Anak Asal Membakut Di Rantauan Zon Pantai Barat Sabah dan singkatan (PAMER) masih lagi digunakan.

Pada 29hb Mac 2012  Pertubuhan ini telah di daftarkan menjadi satu pertubuhan yang sah di Malaysia dengan nama Persatuan Anak Asal Membakut di Rantauan Zon Pantai Barat Sabah atau dengan nama singkatan PAMER


Visi

Menjadi sebuah organisasi yang berjaya dalam memantapkan pembangunan ekonomi, mengeratkan perpaduan, meningkatkan tahap pendidikan, mengukuhkan jati diri dan mengamalkan akhlak mulia di kalangan ahli seterusnya menyumbang kepada transformasi negara kearah menuju ke sebuah negara maju menjelang 2020 dan mendukung Gegasan 1 Malaysia.

Misi

  • Meningkatkan taraf pendidikan melalui dasar penggunaan teknologi moden dalam pembelajaran
  • Meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran melalui program-program dan kursus-krusus ilmu jangka pendek dan panjang.
  • Meningkatkan ekonomi dengan program-program dan kursus-kursus keusahawanan
  • Mengadakan aktiviti sukan dan majlis-majlis kebudayan untuk mengeratkan perpaduan
  • Mengadakan seminar dan kem motivasi bina insan untuk ahli-ahli


Pada 29hb June 2012 pertemuan dengan anak-anak Membakut telah diadakan di Hotel Meridien Kota Kinabalu yang dikunjungi oleh Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman selaku ahli perlimen P176 Kimanis dan juga Adun Membakut YB Datuk Hj Ariffin Hj Arif. Acara diadakan dengan meriah diselang seli dengan acara kebudayaan dan juga cabutan bertuah kepada ahli-ahli PAMER. Sayang sekali, saya tidak bertuah pada masa itu untuk mendapatkan alat eletronik  I-PAD, saya berharap pertubuhan ini dapat meningkatkan dan memajukan Membakut serta mempromosikan Membakut dimata ramai.


Round Loaf Challah

Round Loaf Challah

Sistem Pengurusan Makmal


                                           MAKMAL 







Pengenalan
Pengurusan makmal di universiti terutama makmal sains memerlukan satu sistem berkomputer yang canggih bagi menggantikan sistem tradisional yang sedia ada. Sistem tradisional pengurusan makmal merupakan satu sistem lama yang digunapakai di university dimana ianya banyak menggunakan buku log untuk merekodkan penggunaan makmal dan juga item-item di dalam makmal. Sistem pengurusan makmal bersepadu berasaskan web adalah khusus bagi memudahkan pengurusan sesebuah makmal dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan makmal. Kewujudan sistem yang baik dan sistematik didalam pengurusan makmal adalah perlu untuk menjadikan ianya lebih efektif dan efisyen. Ianya akan lebih sistematik jika pengurusan data secara berpusat digunakan untuk memudahkan pengurusan makmal berikutan kesemua maklumat akan digabung pada satu pangkalan data. Di Universiti Malaysia Sabah UMS terdapat pelbagai sistem berkomputer yang telah digunapakai. Antaranya ialah sistem kehadiran, sistem penghantaran laporan peperiksaan, sistem pengisian markah e-LNPT, sistem pengurusan i-aset. Pembelajaran berasaskan web juga banyak dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar universiti contohnya Utusan Malaysia dan Berita Harian yang telah membangunkan portal pendidikan secara online Teknologi masa kini yang semangkin berkembang membawa kepada pengunaan sistem yang canggih dan terkini.

Kepentingan sistem pengurusan makmal
Sistem teknologi terkini adalah penting sebagai satu cara untuk menjadikan pengurusan makmal sains di universiti menjadi lebih efektif dan sistematik dari segi pengurusan makmal. Ia juga membolehkan para pensyarah dan badan organisasi makmal berinteraksi dengan pengurusan makmal melalui talian seiring dengan perubahan zaman teknologi berkomputer. Dengan pembangunan sistem ini ianya dapat menggantikan sistem manual atau tradisional dalam pengurusan makmal dengan satu sistem yang lebih sistematik yang dapat menjadikan makmal sains sebagai makmal yang inovatif dan kreatif. Sistem Pengurusan makmal akan menjadi lebih teratur. Ini dapat mengoptimumkan kecekapan dalam pengurusan makmal. Rekod peralatan dan tempahan juga dapat disemak dengan mudah dengan penggunaan pangkalan data berpusat yang sistematik.

Sistem komunikasi diantara kakitangan makmal
Sistem komunikasi adalah sangat penting diantara kakitangan-kakitangan makmal. Pengunaan teknologi terkini dapat memberikan informasi atau maklumat berkaitan dengan pengurusan makmal disampaikan dengan cepat dan terperinci dikalangan kakitangan makmal. Salah satu komunikasi yang semangkin mendapat sambutan pada masa kini iaitu laman web Facebook. Melalui interaksi dalam laman web facebook diantara kakitangan makmal dapat berkongsi maklumat dan arahan kerja yang diberikan oleh pegawai pengurusan makmal dengan cepat dan berkesan.



Sistem pengurusan aset
            Pengurusan makmal pada masa kini menjadi lebih kompleks yang memerlukan satu sistem pengurusan yang lebih sistematik. Sistem pengurusan i-aset yang terkini digunapakai dalam pengurusan asset untuk menggantikan sistem manual dalam pengurusan makmal kepada sistem pengurusan baru yang lebih teratur dan sistematik.Sistem ini dibangunkan mengikut kaedah kawalan pengurusan aset dan stor yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari UMS (Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2010) berdasarkan Perbendaharaan Malaysia (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2007. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2009 Tatacara Pengurusan Stor) Sistem Pemantauan Pengurusan Aset adalah aplikasi yang dibangunkan untuk tujuan kawalan dan pemantauan aset bagi semua Jabatan di Universiti Malaysia Sabah. Pengunaan aplikasi ini memudahkan kakitangan makmal dalam menguruskan asset dan inventori peralatan makmal. Satu pendekatan baru perlu telah diambil bagi memastikan aset-aset kerajaan diselenggara dengan cekap dan teratur supaya ia dapat digunakan untuk memakmurkan rakyat. 
Di era teknologi maklumat ini, tiba masanya pengurusan aset kerajaan berubah dari kaedah traditional (cara manual) kepada pengurusan aset dan stor berkomputer. Ini dirasakan merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi menggantikan sistem manual yang lambat dan rumit. 





Sistem Pengurusan Penyelenggeraan
            Penyengeraan adalah satu proses kerja-kerja pembaikan kerosakan pada peralatan. Penyengeraan yang terancang dapat meminimumkan kerosakan pada peralatan. Dalam membangunkan sistem pengurusan makmal yang cekap, penyengeraan alat hendaklah teratur dan terancang. Terdapat dua cara penyelengaraan yang selalu digunapakai dalam pengurusan makmal. Pertama ialah penyengeraan secara berjadual, dan kedua ialah penyelengaraan diluar jangka.

Penyelengeraan berjadual (preventive maintenance)
             Peralatan diselenggarakan secara berjadual samada secara dikontrakkan (lantikan kontraktor luar) atau secara dalaman (oleh kakitangan makmal sendiri). Kontraktor yang dilantik menjalankan kerja penyelenggaraan berjadual seperti servis rutin, baikpulih, dan tukaran alat ganti baru (sekiranya perlu) dan kerja tersebut perlu diselia dan disahkan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Penyelenggaraan pencegahan secara dalaman dilakukan oleh kakitangan makmal sendiri seperti servis rutin, baikpulih, dan tukaran alat ganti baru (sekiranya perlu) dan kerja tersebut perlu disahkan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Kerja Penyelenggaraan tersebut direkodkan dalam Rekod Penyelenggaraan. 




Penyelengeraan diluar jangka (corrective maintenance)
Penyelenggaraan diluar jangka perlu dilaksanakan dengan segera sekiranya terdapat kerosakan atau kondisi yang luar biasa pada peralatan tersebut. Pegawai bertanggungjawab perlu memeriksa dan meneliti keadaan peralatan tersebut samada ianya masih ekonomik untuk dibaikpulih ataupun sebaliknya. Borang aduan kerosakan digunakan untuk tindakan tersebut. Sekiranya peralatan tersebut masih ekonomik untuk dibaikpulih, kerja pembaikan perlu dijalankan segera samada oleh kakitangan makmal sendiri ataupun dengan mendapatkan khidmat kontraktor luar. Perkhidmatan kontraktor luar dipanggil untuk menjalankan kerja penyelenggaraan diluar jangka sekiranya tidak dapat dilaksanakan secara dalaman. Panggilan sebutharga untuk kerja tersebut adalah merujuk kepada Prosedur Perolehan. Kerja penyelenggaraan tersebut direkodkan dalam Rekod Penyelenggaraan Peralatan.

RINGKASAN
            Pengurusan makmal di universiti terutama makmal sains memerlukan satu sistem yang sistematik dan efisyen. Empat perkara utama yang perlu diambil perhatian dalam membangunkan pengurusan makmal yang cekap ialah sistem komunikasi, sistem pengurusan asset, sistem pengurusan stor dan sistem pengurusan penyelengeraan peralatan. Perkembangan teknologi masa kini telah banyak membawa perubahan sistem pengurusan makmal daripada sistem manual kepada berkomputer. Selain pekara diatas, aspek keselamatan dalam pengurusan makmal tidak boleh diabaikan.
             Pengurusan makmal yang cekap dan sistematik dapat meningkatkan nilai produktiviti yang tinggi kepada Universiti dan Negara. Ianya seiring dengan amalan ISO dalam meningkatkan kecermelangan budaya kerja kita.

Tuesday, 3 July 2012

Kronologi Tuntutan Jawatan Pen.Peg.Sains dan Bridging Program





                                                GAMBAR PENGARANG




Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1PEJUMAS,  julung-julung kali kita mendengar berita PEJUMAS yang saya cuba ingin sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian.
          Tuan-tuan dan puan-puan, mungkin ini adalah satu pendekatan baru dalam dunia IT untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan perkembangan Persatuan PEJUMAS lewat  hari ini.
        Sedar tak sedar rakan seperjuangan saya, begitu banyak pengorbanan, liku-liku dalam memperjuangkan status pembantu makmal IPTA khususnya di UMS ini oleh senior-senior kita pada masa lalu. Perjuangan ini bukannya semudah seperti kita meneguk air madu dalam gelas kaca. Oleh yang demikian saudara-saudari sekalian, saya ingin memberikan sedikit gambaran kronologi dalam menuntut pengiktirafan jawatan pembantu makmal kepada penolong pegawai sains.


MAKMAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
      
 Rakan seperjuangan saya, awal tahun 80an isu ini telah diperjuangkan dikalangan pembantu-pembantu makmal IPTA khususnya UPM,UM,UKM dan berberapa IPTA senior di semananjung. Tugas hakiki Jawatan pembantu makmal di IPTA tidak setara dengan pembantu makmal peringkat sekolah, namun imbuhan dan gaji yang diberikan oleh kerajaan adalah sama. Ekoran daripada isu tersebut, maka isu ini telah diperpanjangkan di Kementerian Pendidikan,Kementerian Pangjian Tinggi, JPA, dan BPSM
Kronologi;-
1. surat dari Setiausaha Sulit,Menteri Pendidikan (1990)
2. Memorandum tukar lantik-Jawatankuasa Bersama (1992)
3. Kertas Kerja dari Jawatankuasa Pembantu Makmal (1994)
4. Surat dari Kementerian Pendidikan ke JPA (1995)
5. Surat dari GAKUM ke Pengerusi Naib Canselor (2000)
6. Surat dari GAKUM ke Pengarah Bah.JPA(2000)
7. Memorandum asal Jawatankuasa Bersama mel.GAKUM
8. Memorandum telah diubah suai-(2000)
9. Surat dan Minit dari JPA mesyuarat (julai 2000)
10. Surat dan Minit Jawatankuasa JKNC Mesyuarat (sep 2000)
11. Keputusan GAKUM ke Pengerusi JKNC (Feb 2001)
12. Jawapan Pengerusi JKNC ke GAKUM (Mac 2001)
13. Minit JKNC (2001)
14. Surat Pengerusi Pendaftar (Ogos 2001
15. Surat GAKUM ke Pengerusi Pendaftar (Ogos 2001)
16. Surat dan kertas Kerja Pendaftar-Pendaftar Universiti bagi pihak JKNC (Mac 2002)

          Rakan seperjuangan saya, mungkin saudara-saudari kurang memahami apakah itu GAKUM dan GAJUM. Sebelum saya meneruskan kronologi berikutnya ,saya ingin membawa sedikit pemahaman saudara-saudari mengenai beberapa Kesatuan dan Persatuan yang telah ditubuhkan dalam universiti. Harus diingat, Persatuan, Kelab ataupun dengan nama-nama lain yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia merupakan satu kelompok kecil didalam populasi sekerja, manakala Kesatuan merangkumi pelbagai populasi tersebut. GAJUM merupakan Gabungan  Persatuan Penolong Pegawai Sains seluruh IPTA. PEJUMAS adalah antara ahli GAJUM. Manakala GAKUM adalah gabungan Kesatuan university/IPTA Malaysia. Melihat susunan hiraki tersebut maka dengan itu terbentuklah satu kesatuan yang amat kuat dan berkesan dalam menengani apa-apa isu sekerja.
        Mengikut pandangan saya didalam UMS ini, kurangnya persefahaman dan kesepakatan diantara persatuan dan kesatuan, oleh itu saya berharap agar dimasa-masa akan datang perpaduan dan kemuafakatan dikalangan pekerja UMS dipertingkatkan.
         Kronologi yang berikutnya dalam memperjuangkan status pembantu makmal di IPTA sejak tahun 2002 hingga ke tahun 2006, hampir empat tahun tiada perkembangan atau berita yang diperolehi (sumber editor) daripada kementerian dan juga  pihak GAJUM mahupun GAKUM. Tanggal 29 Dis 2006 satu mesyuarat telah diadakan di kementerian Pengajian Tinggi mengenai Mesyuarat Pembantu Makmal di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dipengerusikan oleh Dato’Dr Zulkefli bin Hassan Ketua Setiausaha KPT. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah wakil JPA , GAKUM, BPSM dan juga wakil Pengurusan Tertinggi seluruh IPTA dimana UMS telah diwakili oleh En. Hela Ladin (wakil Pendaftar ketika itu).
          Saudara-saudari rakan seperjuangan saya, tercetusnya mesyuarat tersebut adalah kerana telah disiarkan satu artikel dalam akbar The Star pada 23 Dis 2006 mengenai keputusan GAKUM untuk memprotes KPT dengan melancarkan kata keramat “work to rule” oleh semua pembantu makmal di IPTA, dalam akbar tersebut menyatakan bahawa semua pembantu makmal hanya akan bertugas  mulai pukul 8.00am hingga 5.00pm walaupun makmal terus dibuka sampai ke malam bermula 1 Januari 2007.  ketika itu saya tidaklah sekejam kepada UMS, kerana saya tahu ianya akan menjejaskan perjalanan pengajian para siswazah dan kesulitan kepada pensyarah. Namun saya tetap menyokong prinsip perjuangan ahli-ahli GAJUM dan GAKUM.
           Berdasarkan minit mesyuarat ketika itu mengenai kertas cadangan GAKUM, mesyuarat telah mengambil maklum mengenai kenaikan taraf skim perkhidmatan pembantu makmal di universiti dan cadangan pembantu makmal yang  lulus peperiksaan khas hendaklah dilantik sebagai Penolong Peg.Sains tanpa tertakluk kekosongan jawatan, dan terdapat lagi cadangan yang saya tidak kemukan disini (sila rujuk orang yang berkenaan). Namun dipihak JPA ketika itu cadangan tersebut diangap tidak releven dilaksanakan kerana ianya akan membawa implikasi struktur organisasi dan mengwujudkan pertindihan fungsi antara pembantu makmal dan PPS. Secara umumnya rayuan dipihak GAJUM tidak dapat dipertimbangkan.
              Isu kenaikan pangkat gred C17 ke C22 yang terhad turut diutarakan oleh pihak GAKUM dan penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi, kesemua skim perkhidmatan awam adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.
              Didalam mesyuarat tersebut juga telah dinyatakan oleh pihak GAKUM usaha untuk menaiktaraf kakitangan pambantu makmal dengan melaksanakan program peralihan atau yang dikenali sebagai Bridging program yang sedang giat dilaksanakan di UPM dan UM sahaja. Namun pihak JPA dengan senyum kambingnya menyatakan program tersebut tidak diiktiraf oleh JPA kerana pihak mereka yang bertanggungjawab dalam mengkaji silibus peperiksaan khas untuk kenaikan pangkat ke PPS.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, tiga pekara telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak;-

1. semua IPTA melaksanakan program peralihan mengikut silibus yang telah dipersetujui.
2. IPTA mengkaji semula bebanan tugas dimakmal-makmal dan memohon jawatan yang sesuai dengan bebanan tugas tersebut,terutamanya memperbanyakan jawatan penolong peg.sains
3. Kementerian Pengajian tinggi mengemukakan permohonan ke JPA bagi pengiktirafan program peralihan setara dengan peperiksaan Khas bagi tujuan lantikan secara KPSL ke PPS tidak selewatnya dari 15 Jan 2007
 

RESOLUSI MESYUARAT PEMBANTU MAKMAL DI IPTA 21 OGOS 2007

                  Kronologi seterusnya apabila kesemua pihak telah bersemuka diantara Gabungan Kesatuan dan Persatuan dengan pelbagai pihak yang berkaitan maka pada tanggal 21 Ogos 2007 satu Resolusi Mesyuarat pembantu makmal di IPTA  dengan KPT di ??...Putera Jaya ( sila betulkan kalau salah). Dalam resolusi tersebut KPT telah Berjaya mendapatkan pengiktirafan bridging program setara dengan peperiksaan khas bagi tujuan lantikan KPSL. Terdapat 9 pekara telah diputuskan dalam menyelasaikan isu tersebut;-

1. UM dan UPM yang telah melaksanakan program tersebut akan terus melaksanakanya.
2. USM,UTM,UKM dan UiTM akan mula melaksanakan selewat-lewatnya Dis 2007
3. Perlantikan PPS diberi keutamaan kepada pembantu makmal yang sedia ada dan telah lulus Bridging Program
4. Jawatan pembantu makmal di mansuhkan secara trade-off
5. GAKUM setuju menangguhkan “work to rule’ hingga 31 Dis 2007
6. Catatan mesyuarat Pembantu Makmal di IPTA dikemukakan kepada JPA,GAKUM dan semua ahli selewatnya 24 ogos 2007
7. Catatan mesyuarat dipersetujui dalam bentuk point from sahaja. ( ulasan editor:- baguslah tidak usah panjang-panjang dan berbelit-belit )
8. Pembantu makmal yang gagal 3 kali percubaan bridging program akan kekal sebagai KUP (khas untuk penyandang)
9. Keputusan ini akan dilaksanakan di semua 4 research universities dan enam Senior Universities.




     





Modul Program peralihan naiktaraf pembantu makmal UMS
Awal tahun 2011










                                                             

PEMBANTU MAKMAL NAIK TARAF (BERITA HARIAN 23 Ogos 2007)



                  3000 petugas di IPTA ke jawatan Penolong Peg.Sains awal tahun 2008.
Statement ini saya ambil dari kenyataan akbar Berita Harian yang dikeluarkan oleh presiden GAKUM, Omar Othman yang kini bergelar “Dato’ “ Priseden CEUPAC. Jika saudara saudari ingat ketika itu terpampang didada akhbar pada tahun 2007, terasa masa depan pembantu makmal di IPTA terbela dengan perjuangan Gabungan Persatuan dan Kesatuan yang telah membuahkan hasil rentetan daripada perjuangan yang sekian lama hingga puluhan tahun. 
                 Kata keramat “work to rule” tindakan drastik yang diambil telah membuka jalan dalam perjuangan  menaiktaraf pembantu makmal kepada pen.peg.sains. Usaha dalam memperjuangkan skim perkhidmatan jawatan C17 ini sebenarnya tidak berakhir disini. Masih terdapat kronologi yang berikutnya.  Sebelum itu saya ingin sampaikan kepada saudara-saudari rakan seperjuangan saya sekalian, sesungguhnya kita tidak akan melupakan perjuangan senior-senior kita dimasa lalu, sekecil manapun sumbangan PEJUMAS dalam GAJUM telah membawa impak yang tinggi kepada genarsi akan datang. Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada tuan Presiden PEJUMAS dan rakan-rakan yang lain dalam memperjuangkan isu status penaiktarafan Pembantu Makmal.

                                       Majlis Perasmian bridging program di 1 Borneo








KRONOLOGI TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN JAWATAN PEN. PEG. SAINS DAN BRIDGING PROGRAMM





Jika saudara saudari masih ingat pada 24-26 April 2007 satu Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Ke-8 telah diadakan di UMS anjuran Persatuan Juruteknologi Makmal Universiti (PEJUMAS) dengan kerjasama SST dan SKTM. Disamping seminar yang diadakan, pihak pengurusan PEJUMAS juga berkesempatan mengadakan mesyuarat bersama presiden Persatuan Pen Peg Sains semua IPTA (GAJUM) Berdasarkan daripada laporan lisan oleh presiden PEJUMAS kepada saya, mesyuarat turut membincangkan hal-hal perjawatan C17 dalam usaha menaiktaraf skim perkhidmatan pembantu makmal IPTA.

Kronologi seterusnya, beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan oleh PEJUMAS dengan pihak Pendaftar UMS. Ahlamdulillah Jabatan pendaftar UMS ,selaku pusat pembangunan sumber manusia telah mengambil tindakan proaktif untuk memastikan proses pembangunan dan hala tuju kerjaya setiap kakitangan dipertingkatkan.Namun untuk memastikan pembantu makmal IPTA khususnya di UMS, keperluan kemahiran dan skill yang tinggi dan juga kompeten serta berpengetahuan seiring era globalisasi, maka dipihak pendaftar telah mengubal modul bridging program dengan bantuan komuniti Pegawai Sains dan Kakitangan Akedemik.



Tarikh 14 Mei 2009, satu perbincangan/mesyuarat program peralihan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) pembantu makmal telah diadakan di Bilik Penerbitan SST yang dihadiri oleh komuniti Pegawai Sains. Mesyuarat tersebut membincangkan modul  kursus yang akan ditawarkan dalam bridging program. Oleh kerana UKM dan UMS mempunyai hubungan yang erat maka modul kursus program peralihan UKM telah dijadikan bahan rujukan dalam membangunkan modul kursus program peralaihan UMS.

Saudara saudari rakan perjuangan saya sekalian, sebelum saya meneruskan kronologi berikutnya saya ingin membawa saudara saudari menyoroti kronologi yang sebelumnya. Diawal penulisan saya dalam siri 1, tanggal 29 Dis 2006 satu Mesyuarat Pembantu Makmal IPTA dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan semua IPTA melaksanakan program peralihan mengikut silibus yang telah dipersetuji” manakala dalam Resolusi Pembantu makmal di IPTA 21 Ogos 2007, USM,UTM,UKM dan UiTM, akan mula melaksanakan selewat-lewatnya Dis 2007.
Tuan-tuan dan puan-puan, jika kita meneliti perbezaan tahun sejak program peralihan itu telah diluluskan oleh KPT(2007) dengan pelaksanaannya di UMS awal tahun 2011 terdapat jurang yang ketara dari segi masa yang diambil oleh pihak pengurusan university. Saya percaya, dalam membangunkan modul program peralihan bridging program bukanlah semudah yang disangka. Ucapan syabas kepada semua pihak pengurusan yang terlibat dalam memperhalusi modul yang telah dilaksanakan.
                 Saudara-saudari rakan seperjuangan saya,  setelah mesyuarat pertama komuniti Pegawai Sains pada  14 Mei 2009 dalam membincangkan Modul program peralihan peringkat UMS telah disusuri lagi dengan beberapa mesyuarat bersama jabatan pendaftar seterusnya. Tanggal 18 jun 2010 satu Mesyuarat Modul Bridging programme Pembantu makmal UMS siri 4/2010 telah diadakan di Bilik mesyuarat Lembaga, Canselori. Perbincangan demi perbincangan, mesyuarat demi mesyuarat, maka pada tarikh 23 Dis 2010 telah keluar surat tawaran kepada pembantu makmal yang terpilih dalam “first batch bridging program” yang akan bermula awal Januari 2011. seramai 33 orang pembantu makmal telah ditawarkan kursus peralihan daripada 103 orang keseluruhan pembantu makmal UMS ketika itu. Kini seramai 25 orang daripada 33 orang pembantu makmal yang terus berjuang dalam kursus tersebut yang  masuk semester ke-3, selebihnya menarik diri atas alas an tersendiri. Sasaran sebenar kursus tersebut kepada semua pembantu makmal yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun dan telah sah jawatan serta mendapat perakuan daripada ketua jabatan.


                                   TAKLIMAT BRIDGING PROGRAM SEM-3





                                      TAKLIMAT BRIDGING PROGRAM SEM-3